Posts

Showing posts from November, 2014

Only Him.

10 November 2014. Seorang gadis Melayu yang tak berapa nak ayu berjalan seorang diri ingin pulang ke rumahnya menyusuri jalan berdebu setelah menyelesaikan beberapa urusan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Berbekalkan tawakkal yang cukup tinggi kepada Allah, dia berjalan dan terus berjalan sehingga sampai ke tempat menunggu bas/tramco. Dia bukan seorang yang berani setelah beberapa insiden telah berlaku sebelum ini ke atasnya dan rakan-rakan yang lain, tapi oleh kerana keadaan yang terpaksa membuatkan dia berjalan sendirian, dia menggagahkan juga kakinya. Setiba di perhentian, dia menanti kalau-kalau ada bas atau tramco yang menuju ke destinasi yang ingin ditujunya sambil matanya melilau keadaan sekeliling. Kelihatan ramai pelajar Arab sekolah rendah/menengah yang baru pulang dari sekolah turut menunggu di perhentian tersebut. Gadis Melayu itu terpandang seorang gadis berkulit hitam yang bersandar pada tiang lampu di perhentian tersebut sambil bercakap dengan seseorang mela