MERDEKA la sangattt.

Assalamualaikum. Wassup my friends? Hope u all guys are in such well condition and blessed always.

Harini 30 Ogos. Mungkin ada yang bertanya, "So WHAT?". Dan kalau orang Arab Mesir akan tanya, "Ummal ehh?". *Saje ambik mood nak ke Mesir*

Amboi amboi amboi. Boleh bertanya begitu? Harini 30 haribulan,esok 31 haribulan.Tak perlu la diterangkan apa yang berlaku pada 31 Ogos ye. Apa lagi? Sambutan Hari Kemerdekaan la sayang-sayangku.  Sebelum tu,moh ikuti sketsa Merdeka di rumah aku. Adik aku baru balik dari sekolah dan menceritakan kisahnya yang jadi malu-malu rimau apabila...

Adik   : Cikgu, esok(Khamis) ada kelas tambahan tak?
Cikgu : Emm, tak pasti lagi. Mungkin takde. Sebab budak asrama balik kampung, cuti.
Adik   : Cuti apa cikgu?
Cikgu : Aik,tak tau ke? Cuti Hari Kemerdekaan la.
Adik   : Eh, tau. Saje je tanya.
Cikgu : 16 September pun cuti jugak nanti.
Adik   : Eh, cuti apa pulak Cikgu?
Cikgu : Hari Malaysia. Tak tau jugak?
Adik   : Eh, tau tau. Saje je tanya.  *mesti dia tak tau nak letak mana muka dia.hehe*.

'Prihatin' kan adik saya pasal tarikh-tarikh penting di Malaysia? Eley, korang pun sama je. Lagi-lagi Qistina dan Sofwah. Amikkaww. Hehe. 



 Penting sangat ke sambutan tu sampai nak dijadikan topik?
Bukan sambutan tu yang penting, ada perkara yang lebih penting dan tersembunyi di sebalik MERDEKA tu. Kalau cakap pasal sambutan, semua tau. Kan kan kan?

~bendera Jalur Gemilang yang perlu dikibarkan di kereta~
~perarakan kemerdekaan~
~opss,lupa. countdown kemerdekaan~
~lagu-lagu kemerdekaan~
~tema kemerdekaan yang diuar-uarkan (Janji Ditepati? kbye)~ 
~dokumentari kemerdekaan~
~filem-filem kemerdekaan~
~laungan kemerdekaan (sampai sakit tekak) ~
~dan lain-lain~
 
 
Ramai orang yang pergi ke Dataran Merdeka pada malam Hari Kemerdekaan untuk countdown sama-sama semata-mata untuk melaungkan MERDEKA. Does it worth to sit there just to loud that word? Mana yang lebih baik, melaungkan perkataan itu ataupun sama-sama doa kepada Allah, Solat Hajat agar nikmat keamanan yang kita kecapi akan terus berkekalan?
 
Then, yang pergi ke Dataran Merdeka tu pulak couples yang tengah hot bercinta. Kat situ dah banyak batas syariat yang dilanggar. Berpegangan tangan, bermesra-mesraan, dan yang paling teruk -sorry to say- sampai bawak ke rumah. Faham-faham je la bila dah bawak balik ke rumah tu.. 
 
So, this is what we call as freedom? MERDEKA la sangattt sampai tak boleh nak ikut hukum-hakam kesusilaan manusia. MERDEKA la sangattt sampai sekarang ni pun susah nak bezakan antara perempuan dengan lelaki. MERDEKA la sangattt sampai boleh buang kat mana-mana pun bayi yang dilahirkan. MERDEKA la sangattt bila dah laungkan MERDEKA tu. Sorry, i try to not be emotional about this but this is the fact.
 
Kalau sambutan je yang over, tapi jiwa dan nafsu tak betul-betul MERDEKA dari anasir-anasir negatif, tak payahla nak over sangatt sambutan tu. Ala kadar je. Tak perlu membazir. Lebih baik simpan duit tu untuk bagi bantuan kepada saudara-saudara kita di Rohingnya. Lebih afdal kalau kat Dataran Merdeka tu dibuat Solat Hajat beramai-ramai. Kan lebih manis dan cantik macam tu? Untuk mengenang para pejuang kemerdekaan, kita buat tahlil ramai-ramai. InsyaAllah, lebih diberkati.
 
 
 
Mesti ada yang kata macam ni, "Cik kak oi, bukan semuanya beragama Islam kat Malaysia ni. Kita kan 1Malaysia". Okey,1Malaysia pun 1Malaysia la. Sape kata tak boleh buat? Bukan ke Islam agama rasmi Malaysia? Habis tu, nak menggelabah poyo sangat kenapa? Bagi non-Muslim citizens, takpe la. Duduk diam-diam la masa orang tengah Solat Hajat atau tahlil.
 
Tapi apa kan daya, aku cuma orang bawahan yang takkan mampu mengubah apa yang 'orang atasan' dah tetapkan. Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia. Lagi-lagi yang tertindas tu. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah dunia yang semakin hebat. Aaamiin..
 
P/S : Satu je suka pasal sambutan kemerdekaan ni. CUTI. Heee.
 

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^