Friday, 23 January 2015

Aku, Orked, dan Kaktus.

"Aik, tengok Doraemon?", Orked bertanya sinis.

"Doraemon 'ringan' sikit jalan ceritanya. Nak tengok cerita 'realiti' agak 'berat'," jawabku ringkas. Wajah Orked kelihatan mendung.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?". Aku menekan butang pause menghentikan babak Doraemon dengan dorayakinya.

"Hmm, kau tahu kan pasal dia?"

"Dia?" aku cuba mencari memori tentang orang yang bernama Dia. "Siapa Dia? Budak baru ke?". Aku menyoal.

"Melur, aku cakap pasal boyfriend aku la," Orked agak tersinggung.

"Oooh, sorry sorry. Aku ingat siapa. Sebutlah nama. Kau sebut dia dia, mana aku nak tahu siapa. Hehe," aku tersengih-sengih cover silapku. Seharusnya aku tahu Orked memang biasa menggunakan istilah 'dia' merujuk kepada Kaktus, teman lelakinya itu. "Haa kenapa dengan dia?" mengembalikannya kepada topik.

"Aku nak minta putus. Aku nampak dia keluar dengan bunga lain," jawab Orked dengan muncungnya.

"Eloklah tu. Bukan pertama kali ni kan dia buat macam ni?"

"Melur.... Aku sayang dia. Kenapa dia buat aku macamni? Apa salah aku? Kalaulah aku tak pernah jumpa dia kan bagus," Orked mula menangis teresak-esak di bahuku.

"Orked, kau nak dengar sesuatu tak?" soalku apabila tangisnya mula reda.

"Apa dia?" Orked kembali menyoal sambil tersedu-sedu.

****


Tak, Doraemon sebenarnya tak se'ringan' yang aku sangka. Ia agak 'berat' dengan mesej-mesej yang tersirat. Contohnya, ia menyedarkan kita betapa penggunaan 'kalau' tak boleh mengubah nasib mahupun takdir kita.

"Seronoknya KALAU ada pintu sukahati, ataupun KALAU adanya poket Doraemon, ataupun KALAU Doraemon datang tolong aku sekarang." Dan banyak lagi KALAU yang kita ingin sebutkan. Hakikatnya, KALAU takkan mengubah takdir kita. Kita suka menyebut KALAU apabila kita menyedari yang dulu kita pernah tersilap membuat keputusan.

"Kalaulah aku tak pernah berkenalan dengan dia, tidaklah pedihnya begini".

"Kalaulah aku pilih course tu, tidaklah susah sangat belajar".

"Kalau aku letak phone aku di dalam beg, pasti tak dicuri".

Kalau itu, kalau ini. Kalau begitu, kalau begini. Sehingga kita lupa siapa yang telah mengatur perkara itu untuk berlaku. Dalam sebuah hadis sahih Muslim Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda;

Jangan kamu berkata: “Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.
Sumber: Jangan Sebut Perkataan Kalau


Dalam hidup ni banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Ada juga perkara yang berlaku tak sama dengan perancangan kita. Peristiwa yang berlaku kadang-kadang tak tersingkap hikmahnya. Sebab apa? Sebab kita cuma hamba. Banyak perkara yang Allah rahsiakan dari pengetahuan kita untuk menguji kebergantungan kita pada-Nya. Selama mana kita yakin bahawa Allah telah menyediakan yang terbaik untuk kita, hati kita akan merasa lapang. Perkataan 'kalau' juga tak akan keluar dari mulut kita.

****

"Kau apa tahu? Kau tak rasa apa yang aku rasa".

"Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Hitam putih yang kau nampak sekarang, kan? Pedih memang pedih, sakit memang sakit, pahit memang pahit. Kau yakinlah pelangi biasanya datang selepas hujan".

"Emmm..."

"Memang perit bila kau sedar yang kau tersilap memberi kepercayaan kepada seseorang tu, tapi Allah tak mengatur perkara tu dengan sengaja. Semua aturan dia macam jig-saw puzzles. Satu hari nanti kau akan nampak peristiwa ni antara cebisan puzzle tu. Percayalah semuanya ada hikmah".

"Terima kasih Melur. Aku janji mulai saat ni, aku takkan gunakan 'kalau' lagi," jawab Orked sambil mengesat air matanya.

"Tapi, jangan sampai kau minta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengharamkan penggunaan perkataan 'kalau'. Ia masih relevan digunakan untuk ayat 'Kalau satu didarabkan dengan satu jawapannya satu'," selorohku.

"Lol. Aku tahu la tu," jawab Orked sambil menjeling.

"Bagus. Boleh aku sambung tengok Doraemon?"

=.='


Ingat

Ingat

kau pelik
kau ingat tarikh ulang tahun kelahirannya
kau ingat makanan kegemarannya
kau ingat nama ibunya
juga nama bapanya
malah kau ingat kompleks dirinya
tetapi
dia tak ingat apa-apa tentang kau
malah nama kau juga tak diingati

kau siapa sebenarnya?

Thursday, 13 November 2014

Only Him.

10 November 2014.

Seorang gadis Melayu yang tak berapa nak ayu berjalan seorang diri ingin pulang ke rumahnya menyusuri jalan berdebu setelah menyelesaikan beberapa urusan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Berbekalkan tawakkal yang cukup tinggi kepada Allah, dia berjalan dan terus berjalan sehingga sampai ke tempat menunggu bas/tramco. Dia bukan seorang yang berani setelah beberapa insiden telah berlaku sebelum ini ke atasnya dan rakan-rakan yang lain, tapi oleh kerana keadaan yang terpaksa membuatkan dia berjalan sendirian, dia menggagahkan juga kakinya. Setiba di perhentian, dia menanti kalau-kalau ada bas atau tramco yang menuju ke destinasi yang ingin ditujunya sambil matanya melilau keadaan sekeliling. Kelihatan ramai pelajar Arab sekolah rendah/menengah yang baru pulang dari sekolah turut menunggu di perhentian tersebut. Gadis Melayu itu terpandang seorang gadis berkulit hitam yang bersandar pada tiang lampu di perhentian tersebut sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon. Wajahnya berkerut seolah menahan sakit dan matanya berkesan airmata. Tiba-tiba,

"Ya ukhti.... ya ukhti", gadis berkulit hitam itu memanggil gadis Melayu itu.

Gadis Melayu itu menoleh ke kiri ke kanan kalau-kalau gadis berkulit hitam itu memanggil orang lain. Tapi ternyata gadis berkulit hitam itu memanggilnya. Jadi, dia mendekatkan diri kepada gadis berkulit hitam itu.

"Saya nak minta tolong awak. Saya jatuh dari bas dan sekarang saya rasa sangat sakit di bahagian rusuk saya. Boleh tak awak tolong berhentikan mana-mana teksi sebab saya memang tak larat nak bangun", jelas gadis berkulit hitam itu kepada gadis Melayu itu dalam bahasa Arab.

Gadis Melayu itu terus bersetuju kerana bersimpati dengan gadis berkulit hitam itu dan berusaha memberhentikan mana-mana teksi yang lalu di situ. Ternyata sukar untuk mendapatkan teksi pada hari itu. Tak banyak teksi yang lalu di situ dan kalau ada pun, teksi tersebut sudah ada penumpang. Tiba-tiba, seorang lelaki berbangsa (tak dapat dipastikan bangsanya tapi dipercayai lelaki berkewarganegaraan Khazakstan, Uzbekistan atau negara -tan yang lain) menghampiri gadis Melayu itu dan berkata,

"Ukhti, kamu nak naik teksi ke? Saya syorkan jangan naik teksi dalam keadaan sekarang sebab sejak-dua-menjak ni banyak kes yang berlaku dengan teksi".

"Tapi kawan saya ni sakit. Dia jatuh dari bas dan dia tak boleh bangun. Jadi dia minta saya membawanya pulang ke rumahnya menaiki teksi", gadis Melayu itu menjawab.

"Oh, kalau begitu kamu berdua perlu ditemani seorang lelaki untuk menaiki teksi bersama kerana keadaan sangat berbahaya untuk kamu berdua sahaja menaiki teksi", syor lelaki tersebut.

"Tapi kami tak tahu siapa yang boleh menemani kami memandangkan kami tak kenal sesiapa di sini", jawab gadis Melayu itu.

"Kalau begitu, saya boleh menemani kamu berdua. Saya akan memberhentikan teksi. Kamu tunggu di sini", kata lelaki tersebut.

Di saat itu hanya Tuhan tahu betapa bersyukurnya gadis Melayu itu kerana masih ada yang prihatin tentang situasi yang kritis tersebut. Lelaki itu pun memberhentikan sebuah teksi dan mereka menaiki teksi tersebut. Gadis berkulit hitam itu dipapah oleh gadis Melayu itu ke dalam teksi dibantu oleh seorang gadis Melayu yang lain setelah ternyata gadis Melayu itu tak berdaya nak memapahnya sendirian. Di dalam teksi, gadis berkulit hitam itu dibaringkan ke atas ribaan gadis Melayu itu. Dia tertidur kepenatan mungkin. Sesekali dia mengerang kesakitan dan air matanya mengalir. Entah kenapa, gadis Melayu itu turut menangis. Perasaannya bercampur-baur. Sewaktu di perhentian lagi dia merasa seperti air mata sudah bertakung tetapi ditahan agar tidak keluar. Tetapi dia tak dapat menahan lagi airmatanya apabila berada di dalam teksi sehingga pemandu teksi itu kehairanan. Lelaki -tan yang menemani mereka menaiki teksi itu yang berhubung dengan abang gadis berkulit hitam itu dan memaklumkan bahawa mereka akan terus ke Hospital Rabiatul Adawiyah kerana keadaan gadis berkulit hitam itu perlu segera diperiksa oleh pihak hospital.

Setibanya di hospital, gadis berkulit hitam itu terus dibawa ke doktor untuk pemeriksaan dan doktor mengesyorkan pemeriksaan x-ray perlu dijalankan ke atasnya. Semasa mendaftarkan gadis berkulit hitam itu untuk pemeriksaan x-ray barulah mereka tahu nama gadis berkulit hitam itu ialah Muna. Sewaktu Muna menjalani pemeriksaan x-ray, abang dan neneknya sampai di hospital tersebut. Setelah selesai pemeriksaan x-ray tersebut, gadis Melayu dan lelaki -tan itu membuat keputusan untuk pulang dan menyerahkan urusan selebihnya kepada keluarga Muna. Keluarga Muna berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana membantu Muna. Muna memandang gadis Melayu dengan penuh terharu dan barulah sempat bertanya nama dan nombor telefon gadis Melayu itu.

"Nama saya Sirin. Ini nombor saya 012-XXXXX", jawab gadis Melayu itu.

"Terima kasih Sirin. Terima kasih banyak-banyak. Saya dah banyak menyusahkan kamu hari ini", jawab gadis berkulit hitam itu.

"Tidak, kamu tak menyusahkan saya pun. Kita kan saudara seIslam", jawab gadis Melayu itu sambil tersenyum.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, gadis Melayu itu pun keluar dari hospital itu untuk pulang. Dia baru tersedar yang dia berada di satu kawasan yang agak asing kerana dia tak pernah berjalan di kawasan tersebut. Sambil berjalan, dia bertanya kepada mana-mana orang yang dijumpai di mana tempat untuk menunggu bas/tramco kerana dia berpegang kepada prinsip, 'Malu bertanya sesat jalan'. Berbekalkan tawakkal kepada Allah, dia sampai juga ke rumah membawa banyak pengajaran bersamanya.

Dia belajar banyak perkara pada hari itu. Antaranya: Fear, sadness and hope; all should be directed to Allah. Only Him.

p/s : Senyum. Sedar bukan kita sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. :)

Thursday, 14 August 2014

Doyokie.

Assalamualaikum. Hye!

Rindu kitew tak? (soalan mintak penampo) hikhik. Okay, hampir setahun tak merapu di sini. Sangat busy u know (tangan di atas bahu, mata dijulingkan). Tak busy pun, tapi buat-buat la busy kan. Alhamdulillah, sesi pengajian 13/14 dah berlalu. All those hectic months dah lepas. Berdebar-debar pula nak masuk sesi 14/15. What will gonna be for the next term? Sama-sama la #PrayForSirin ye. So, ceritanya saya sedang berbahagia membela Pou di rumah (currently in Malaysia). Coppp, I'm HOOOOOOME!!!!! (saje tunjuk keterujaan berada di rumah). Pou saya sangat sihat (sesihat tuannya herher). Namanya Doyokie. Wait a minute, bukan nak cerita pasal Doyokie pun sebenarnya.

Well, hmmmmmm (banyak 'm' menunjukkan banyak yang nak disampaikan). Okay, satu-satu ye.

1) Jangan lupa bersyukur atas nikmat iman dan islam, nikmat sihat, nikmat kejayaan, nikmat hidup dan lain-lain.

2) Tahun ni kita dikejutkan dengan banyak berita yang mengejutkan la, kan. Saya percaya ramai yang masih bersedih dengan apa yang berlaku. You name it; MH370, MH17, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan lain-lain tempat yang tertindas. Sekalung takziah buat keluarga yang terlibat dengan tragedi MH370 dan MH17. Sama-sama la kita menyumbang doa dan bantuan kepada saudara-saudara kita di seantero dunia yang ditimpa musibah. Teruskan membaca qunut nazilah dan teguhkan saf-saf kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

3) Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh beberapa bulan ni. Rasa macam nak menyanyi lagu Maher Zain, Barakallahulakuma pula hewhew.

4) Tahniah kepada adik-adik yang baru check UPU, yang berjaya meneruskan pengajian ke universiti samaada idaman mau pun bukan idaman. Belajar rajin-rajin tau. Jangan bayangkan kehidupan di universiti ini  macam drama 'Dunia Baru' aherher. You gotta be tough and prepared enough to face all the obstacles and hardships kat U nanti. Dongar cakap akak ni kalau tak nak menyosal nanti. ^^,

5) Well, since last year I'm working on cerpen (la kot) bertajuk Anak Ayah. I published once but then I reverted it to draft because of lacking of confidence >,<  Jadi, mohon jasa baik kawan-kawan doakan saya dapat siapkan dengan jayanya dan dijauhkan dari penyakit kekurangan ilham dan semangat. Segala jasa baik pihak tuan/puan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih hewhew.

6) Mohon doakan saya jadi lebih gigih dalam belajar, ye. Alhamdulillah dapat meneruskan pengajian ke tahun tiga tu memang seronok tapi semakin besar angka, semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak cabaran. #PrayForSirin semoga dia kuat untuk hadapi next term.  T_T

Okay, dah. Ini 'je' nak merapu pun. Nak bagi Doyokie makan. Till we meet again. Adios!


Friday, 29 November 2013

Kehidupan Menjerit!!!

Assalamualaikum. Hye!

How you've been? I'm doing great hamdan lillah. Basically, there's no difference between this year and last year. Oh wait a minute. I'm pulling your legs. Of course there are so many differences. I've gained weight. 'Yeaayyyy!!!!' Well, there's nothing special bout that, ay? -,-'
Oooooh and not forget to mention that my sister is studying dental in al-Azhar University. She's kind of tailing me kuikuikui (sorry kak ngah for making story up) :D I'm kinda happy so much to have you by my side (this is soooo not literal as we live separately :3) Whatever it is, I'm so blessed to still got a chance to extend my study in Egypt. You know how dilemma I am before this. Not so dilemma but kind of la kan. Hmmm not to mention all of keserabutan yang melanda. Anyway, ALHAMDULILLAH. Here I am. Menjalani hari-hari di Mesir dengan jayanya. ;)

Kehidupan Menjerit. Bunyi macam gempak kan? Hmm ke tak? Tak kisahlah. Okay, Kehidupan Menjerit ni dicedok dari satu page sukan yang selalu sebut Kehidupan Menjerit refer to "Life Screaming" yang asalnya admin tu nak cakap pasal "Live Streaming" tapi dia 'tukar' kepada "Life Screaming". Sangat 'kreatif' aherherher. Kalau kita kaitkan dengan kehidupan kita pun, memang ada masa rasa macam nak menjerit kan? Kadang-kadang laa. Dekat-dekat nak exam tu honestly pernah lah jugak menjerit hoho. Tapi tak kuat la. (hmmm tak kuat ke? :3) And then terbaca status kawan kat fb pasal tak ada faedah pun menjerit kalau stress sangat pun nak exam. Lebih baik sambung baca buku dari meroyan-royan menjerit. Setepek di dahi -,-'

But I do Googling la pasal menjerit ni boleh ke hilangkan stress? Ada la satu artikel ni kata, YA. Kerana dengan menjerit tu kita boleh keluarkan tenaga secara positif. But consider la kan nak jerit kat mana. Pilihlah kawasan yang jauh dari orang ramai. Atas bukit ke, dalam hutan ke, tengah padang pasir ke. Ya Allah, seronoknya! (sedang membayangkan menjerit kat Gunung Sinai :D)

Anyway, top of all, kalau stress carilah tikar sejadah. Bukan untuk dipandang sahaja atau pun buat alas punggung. Tapi letakkan dahimu di atasnya. That's the best way to cure your heart and wipe your stress out. Try it guys! You eventually will feel kind of peaceful which you can't get it even from screaming or laughing. :)
Oh yeah, there's something I wanna share with you.

Kata-kata Dr Mustafa as-Sibai3e rahimahullah ;

*Ziarahlah mahkamah sekali dalam setahun; supaya kamu tahu kelebihan yang Allah beri kepadamu dari sudut kebaikan akhlak.

*Ziarahlah hospital sekali dalam sebulan; supaya kamu tahu kelebihan yang Allah beri kepadamu dari sudut kesihatan dan kesakitan.

*Ziarahlah taman sekali dalam seminggu; supaya kamu tahu kelebihan yang Allah beri kepadamu pada kecantikan alam ciptaanNya.

*Ziarahlah perpustakaan sekali dalam sehari; supaya kamu tahu kelebihan yang Allah beri kepadamu dari sudut akal.

*Ziarahlah Tuhanmu pada setiap waktu; supaya kamu tahu kelebihan yang Allah beri kepadamu pada nikmat kehidupan.

So, don't stress out. Give your smile away. Live your life to the fullest. And don't forget The One that give you a life. May Allah bless us and till we meet again. :)

p/s: kalau jumpa mana-mana tempat best untuk 'lifes screaming' habaq mai naa ;)

Thursday, 22 August 2013

The reason.


"Sirin, where are you?"

"I'm home. I came back here before Ramadhan."

"How come I don't know? Why you don't tell me?"

"Erkkk. Well, I don't know how to tell you... and I thought you already knew."

"Can't you just text me? You should inform me what happened to you and what you'd been through."

"I'm sorry. I just......"

"I'm not that important to you, right? That's why you don't let me know a thing about you."

"No, absolutely no. It's not like that. I just...."

"I'm disappointed with you. From now on, I really won't care about you."

"................"

Okay, maybe I made up the dialogue but this is what happening to me. I couldn't help myself from thinking of this matter. Well, I know that I'm deserved for this because yeah, it's my fault. I admit it. But could you please give me a chance to explain what's happening?

Firstly, I lost my phone when I was in Egypt. Therefore, I lost my contacts list. Maybe it sounded like a lame excuse but that is the truth. So, I can't text or call you.

Secondly, I don't know why but I literally lost interest to my phone. I rarely text and call people. I always put my phone in silent mode. I rarely top the 'credit' up.

Thirdly, I'm the problem. The unavoidable problem. I realize that I'm in problem and the problem is me. Sometimes I can turn into an ignorant one. My bad. I knew it.

I'm really sorry for those who became the victim of my ignorance. I can't promise that I will change but I'll try. I'll try to become more sensitive towards others' thought and feeling.

p/s: I hope it's not too late to wish Happy Eid, everyone! Don't miss me, yaww! ;)

Thursday, 18 April 2013

countdown!


From now on....



Syafawi exam : 27 days to go

Tahriri exam : 37 days to go

Home : 77 days to go ^^,

Ramadhan : 83 days to go

Am I prepared enough? *.*



I'm here!

My photo
Obviously an amateur. Sectumsempra!