Posts

Showing posts from August, 2012

MERDEKA la sangattt.

Image
Assalamualaikum. Wassup my friends? Hope u all guys are in such well condition and blessed always. Harini 30 Ogos. Mungkin ada yang bertanya, "So WHAT?". Dan kalau orang Arab Mesir akan tanya, "Ummal ehh?". *Saje ambik mood nak ke Mesir* Amboi amboi amboi. Boleh bertanya begitu? Harini 30 haribulan,esok 31 haribulan.Tak perlu la diterangkan apa yang berlaku pada 31 Ogos ye. Apa lagi? Sambutan Hari Kemerdekaan la sayang-sayangku.  Sebelum tu,moh ikuti sketsa Merdeka di rumah aku. Adik aku baru balik dari sekolah dan menceritakan kisahnya yang jadi malu-malu rimau apabila... Adik   : Cikgu, esok(Khamis) ada kelas tambahan tak? Cikgu : Emm, tak pasti lagi. Mungkin takde. Sebab budak asrama balik kampung, cuti. Adik   : Cuti apa cikgu? Cikgu : Aik,tak tau ke? Cuti Hari Kemerdekaan la. Adik   : Eh, tau. Saje je tanya. Cikgu : 16 September pun cuti jugak nanti. Adik   : Eh, cuti apa pulak Cikgu? Cikgu : Hari Malaysia. Tak tau jugak? Adik   : Eh, tau tau. S

Mak Jemah, Mak Jemah.

Image
  Cak! Cak! Cak!     Selesai pun kerja mencuci sawang kat rumah blog aku ni. Ada la entry sikit. Yela, smentara tengah rajin nak menulis menaip ni. Nanti bila dah stat malas, pokai idea, kekangan masa dan bla bla bla... memang susah la nak update blog 'tercenta' ni.           Siapa kenal Johan Raja Lawak, sila thumbs up. Okey, nampak nampak. Keciknya thumb kau Qistina . Hehe. Boleh kata satu Malaysia kenal Johan. Dia mula terkenal selepas menyertai program realiti astro, Raja Lawak pada beberapa tahun yang lepas. Regu dia Zizan yang memang kelakar la. Johan lah yang memperkenalkan nama Mak Jemah kepada Malaysia dan juga aku apabila dia dan Zizan menyertai Maharaja Lawak yang ke-berapa entah.   And then, aku pun ciplak nama Mak Jemah untuk watak cerkon (cerita kontot) dalam blog aku ni. Kalau ada yang kata, "Hey, mana boleh tiru nama orang yang copyright reserved". Aku akan jawab,   "Biarlah, kau tak tau ke? Imitation is the symb

CERKON#Ep.2# sedih... bukan tak sedih. T_T

Image
Eiii, Mak Jeripah ni. Sedap-sedap je perli aku. Nasib baik aku sorang je kat rumah dia tadi. Kalau ada orang lain sekali, jatuh la saham Jemah Propa ni. Aik, kenapa orang ramai-ramai kat rumah Kiah Karipap ni? Ada jualan murah ke? "Jenab, Jenab. Kenapa ramai-ramai ni Jenab?" "Laaah, tak ada orang bagi tau kau ke Jemah? Si Kiah ni buat kenduri doa selamat untuk anak perempuan dia yang nak ke Jerman tu. Dia jemput semua ahli Persatuan Wanita Sibuk Sedunia." "Aik, kenapa aku tak tau apa-apa ni? Habis tu, mesyuarat jadi ke tak ni?" "Tidak laa. Moh la masuk. Nanti tak merasa nasi karipap Si Kiah ni." Kenapa aku boleh tak tau? Tak ada orang yang bagitau aku pun. Ish, tak boleh jadi ni. Antena info aku rosak ke? "Haaa Jemah, Jenab. Mari la masuk. Takkan nak tunggu aku bentangkan karpet merah?" Amboi Cik Senah. Macam kenduri dia pulak. Over sangat perli tu. "Kiah, mintak maaf la lambat sikit. Tadi pergi melawat Mak Jeri

CERKON#Ep.1# husnuzzon la selalu. n_n

Tok tok tok. Tok tok tok. *Klasik betul orang tua ni. Guna la bell,takla penat aku nak mengetuk pintu rumah dia ni.* "Assalamualaikum! Assalamualaikum! Saya datang nak beraya! Assalamualaikum!" Eh, tiga kali da bagi salam ni. Kena blah da ni. Eh, tak bole tak bole, duit kutu bulan ni aku punya turn. Kena jumpa jugak Mak Jeripah ni. "Assalamualaikum! Anybody home?" *ceh,tak payah nak ber'anybody home' sangat laa. Rumah orang Melayu ni,bukan omputih.* Senyap sunyi je rumah ni. Mana tuannya? Eh,pintu tak berkunci. Mana pulak macik ni pergi? Bahaya sungguh la, boleh ditinggalnye rumah tak berkunci. Ya Allah, bersawang kat dinding dengan siling macam apa dah ni. Superman  Spiderman mesti suka punye lepak kat sini. Ish ish ish, dengan baju bertimbun tak berlipat. Tunggang-langgang macam baru lepas kena hentam dengan iceberg dah aku tengok ni. Hidup lagi ke tak macik ni?   "Oit, Jemah! Aku kat belakang ni haa. Tak payah nak tertinjau-tinjau sangat la