The real ENEMY.
Assalamualaikum. Selamat pagi, tengahari, petang, dan malam. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup. Itu tandanya bahawa Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat. Alang-alang dah menyinggah ke sini, (kalau menyinggah laa.hehe) dah berapa banyak istighfar kita hari ni? Jangan rasa berat untuk beristighfar. Junjungan mulia Nabi Muhammad yang ma'sum pun beristighfar beribu-ribu kali dalam sehari. Ni kan pulak kita yang memang bertimbun-timbun dosa. Astaghfirullahalazim. Amalkanlah sekurang-kurangnya 100 kali dalam sehari :) Sayyidul istighfar,ada dalam susunan ma'thurat :) Alhamdulillah, pagi yang indah di Rumah Pahang, Kaherah diserikan dengan kehadiran Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan tazkirah Subuh. Rasa sangat bertuah dapat menjadi antara pendengar tazkirah beliau pagi tadi. Banyak input dan rasa tak puas mendengar mutiara katanya. Kerinduan terhadap Malaysia dan Pahang rasa sedikit terubat apabila ada orang Pahang sudi data...