Hati. Cahaya. Ilmu.

Assalamualaikum dan Salam Eidul Adha.. ^.^ (walaupun dah beberapa hari lepas,nak ucap jugak..)

Berapa ekor lembu atau kerbau atau unta atau kambing yang tumbang di kampung anda? Apa-apa pun, dan berapa-berapa pun, semoga ibadah korban anda diterima. Aamiin.

I'm not up to talk about hajj as I'm not finishing yet my learning on hajj. Alasan!huhu.


Hati. Cahaya. Ilmu3 perkara yang sangat berkait rapat dan tanpa salah satu darinya, takkan sempurna keseluruhannya. Kejayaan atau kegagalan sinergi antara 'mereka' bertiga itu yang melahirkan seorang yang alim atau yang jahil.

Ada satu hari tu, aku pergi ke kelas Nahu. Bermula saja ustaz sebutkan tajuk, bermulalah perjalanan aku sebagai angkasawan sampai ke Marikh, Musytari dan Pluto.lol. =_= Sebaik habis je kelas, berakhirlah pengembaraan aku. Ish ish ish. Rata-rata kawan aku tau sangat jenis aku ni macamana. Proses 'hibernasi' tu macam satu kewajipan bagi aku semasa kelas. Astaghfirullah. Habis kelas, aku menyatakan kekesalan aku tentang tabiat aku kepada kawanku, Sufi.

Aku     : Emm, apa lah nak jadi ngan koi ni. Start je kelas,terus syahid. Koi tak nak pun tidur.
Kawan : Sirin, koi bukan nak kata apa lah.. Tapi koi pernah baca, kalau kita mengantuk semasa kelas tanpa sebab, tu tandanya kita ada masalah hati.

Dush. Dush. Dush. *.*

Aku     : Maksud aok?
Kawan : Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. Orang lain mungkin diuji dengan kepayahan untuk faham pelajaran walaupun dia tak tidur dalam kelas. Aok pulak, koi tengok memang tak diuji sangat untuk faham pelajaran. Tapi, awak diuji dengan benda lain pulak,kan?

Astaghfirullahalaziim. Aku tahu aku diuji atas ujian apa hingga menyebabkan hati aku tak berapa nak bersih. Sesuatu yang dipandang ringan selama ni, tapi sangat memberi kesan kepada HATI dan sedikit demi sedikit menyirnakan CAHAYA dalam hati. Then, how come ILMU nak masuk ke dalam hati orang yang gelap,kan? Hati yang gelap berpunca dari diri yang melakukan maksiat sepertimana dalam syi'ir Imam Syafie yang cukup terkenal :

شكوت إلى وكيع سوء حفظي 
فأرشـــدني إلى ترك المعاصي 
وقال اعلم بأن العلم نـــور 
و نــور الله لا يهـدى لعـاصي

Sejak dari saat itu, aku mula meninggalkan satu perkara yang aku kira itulah maksiat yang selama ni sedikit sebanyak menggelapkan hatiku. Bermu'amalah dengan lelaki ajnabi tanpa keharusan. Astaghfirullah. Terima kasih, Sufi. Allah telah menegur koi dengan mengilhamkan aok untuk menegur.

p/s : Terangkan HATI dengan CAHAYA Allah agar ILMU mudah 'jatuh' ke dalam hati.






Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^