The real ENEMY.

Assalamualaikum. Selamat pagi, tengahari, petang, dan malam.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup. Itu tandanya bahawa Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat. Alang-alang dah menyinggah ke sini, (kalau menyinggah laa.hehe) dah berapa banyak istighfar kita hari ni? Jangan rasa berat untuk beristighfar. Junjungan mulia Nabi Muhammad yang ma'sum pun beristighfar beribu-ribu kali dalam sehari. Ni kan pulak kita yang memang bertimbun-timbun dosa. Astaghfirullahalazim.

Amalkanlah sekurang-kurangnya 100  kali dalam sehari :)

Sayyidul istighfar,ada dalam susunan ma'thurat :)

Alhamdulillah, pagi yang indah di Rumah Pahang, Kaherah diserikan dengan kehadiran Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan tazkirah Subuh. Rasa sangat bertuah dapat menjadi antara pendengar tazkirah beliau pagi tadi. Banyak input dan rasa tak puas mendengar mutiara katanya. Kerinduan terhadap Malaysia dan Pahang rasa sedikit terubat apabila ada orang Pahang sudi datang menjenguk kami di sini. Tambah-tambah bila di akhir tazkirah Ustaz ada bertanya, "Dah berapa lama tak makan tempoyak?". Uwaaa, rindunya gulai tempoyak T_T

Sumpah rindu nak makan tempoyak Umi :(
Memang terlalu banyak input yang disampaikan, cuma rasanya cukuplah satu yang dapat disampaikan di sini memandangkan 20 minit lagi nak ke kuliah. (Curi-curi masa.hehe)


Yup, Ustaz ada sebut tentang MUSUH. Tahu tak siapa MUSUH kita yang sebenar? Let me tell you. Cewah. Yang dah tahu, buat-buat tak tahu ye. MUSUH kita yang sebenar ialah APA YANG KITA TAK TAHU=KEJAHILAN. Percaya atau tak, kita akan membenci apa yang kita tak tahu/kenal. Contohnya, kita tak pernah rasa durian. Selama ni, kita cuma dengar dari orang apa itu durian. Berduri, bau yang busuk (bagi sesetengah orang but not for me ^.^), atau rasa yang kuat. Pasti kita akan rasa jijik terhadapnya. Tapi, cuba kita berkenalan dengan durian tu. InsyaAllah kita akan jatuh hati padanya. Begitu juga dengan apa yang kita tak tahu tentang Islam. Sesetengah orang TAK TAHU pun apa itu Islam even dia seorang Muslim. So, how comes dia nak rasa CINTA pada Islam? How comes dia nak menyokong golongan yang membawa Islam? How comes dia dapat setuju dengan prinsip-prinsip Islam? Dan banyak lagi lah HOW COMES yang bakal dipersoal. 

Then, what we should do to get know Islam much better? Banyak. Terlalu banyak cara. It just depends on us whether we're getting ready enough to change ourselves. Till see you later. Assalamualaikum.

P/s: next post-how to get know Islam much better-insyaAllah.






Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^