you decide how your problems looked like.

Assalamualaikum. Holla! Bonjour! Konichiwa! Good evening! Lailah saiedah!

Wuuu,lama tak menghapdate. Cepat betul masa berlari,kan. Tak terkejar rasanya. Hari-hari yang berlalu terasa macam terbang melayang secepat kita mengoyak kalendar bila dah berakhir hari atau bulan tertentu. Kalau yang jenis suka koyak kalendar laa. Semestinya dan seharusnya banyak peristiwa yang kita semua lalui dalam hari-hari tersebut. Ada peristiwa yang menggembirakan. Yang menyedihkan. Yang lucu. Yang menghiris hati. Yang membingungkan. Yang membimbangkan. Exam for sure.hmm. Yang kadang-kadang tak pernah terlintas dalam fikiran kita akan menghadapi peristiwa-peristiwa tersebut. Tapi alhamdulillah, Allah telah beri kekuatan pada kita untuk menghadapinya dengan tenang. Harap-harapnya begitu. Semestinya juga kita sebagai hamba Allah akan menghadapi masalah dalam hidup ni. Tipulah kalau kita rasa kita tak pernah mengalami masalah. Setiap orang akan diuji dengan masalah-masalah yang tertentu dan berbeza-beza. Dan apa yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain adalah cara menghadapi masalah tu.

Aye,Captain! I got it.
Tak kenal Captain Jack Sparrow ni? Alaa,lanun dalam Pirates of Carribean tu. Bila masa Captain cakap macam tu eh? Tak ingat la pulak. Korang kalau ingat, bolehla tolong ingatkan. Whoever he is, it doesn't a matter. The matter is apa yang dia cakap betul. Walaupun mungkin dia ciplak kata-kata orang lain.hehe. Jangan mengambil kira celoreng di mukanya atau gigi kuningnya. lol.

Ada sesetengah orang tu, kita tengok dia rilek je. Kita sangka dia takde masalah sedangkan masalah dia sebenarnya banyak. Ada jugak orang yang kita tengok menggelabah bila didatangi masalah. Kecoh habis sampai semua orang tahu masalah dia padahal masalahnya kecik ciput je. See, cara yang berbeza dalam menghadapi masalah sangat mempengaruhi diri kita. Bila kita memilih untuk memperbesar masalah, ia akan jadi besar. Percayalah. Begitu juga sebaliknya. Kita yang menentukan masalah kita tu akan kelihatan semacam apa. Sebesar gunungkah atau sekecil kumankah. Maksud di sini, bukanlah kita kena memandang kecik masalah kita sampai tak tersolusi masalah tu. Cuma pentingnya sikap kita menghadapi masalah tu kerana sedar atau tak, ia boleh mempengaruhi iman kita. Ada sesetengah orang bila berdepan masalah, terus salahkan takdir. Kan dah merosakkan akidah. Ada jugak yang suka untuk mencari orang lain untuk dipersalahkan. Sedikit sebanyak, ia akan memberi kesan pada hati. Orang yang suka salahkan orang lain bila menghadapi masalah akan mengalami MASALAH hati. Kan dah tambah satu lagi masalah. Hatinya selalu sakit. Mudah bersangka buruk pada orang. Menjadi seorang pendengki. Sukar menerima nasihat, dan lain-lain. Salah satu perkara yang juga penting bila menghadapi masalah ialah di mana tempat pertama kita mengadu perasaan? Kalau jawapannya tikar sejadah, alhamdulillah sejuk perut mak mengandung. hehe. Jangan mudah nak terus mengadu pada laman sosial. fb,twitter,blogger,myspace,tagged dan lain-lain. Ingat, masalah tu datang dari Allah. Allah nak uji setakat mana pergantungan kita pada-Nya. Jadi, kepada Dia lah kita sepatutnya mengadu dan minta pertolongan serta kekuatan. Lepas tu, barulah minta pertolongan dari manusia kalau dah tak mampu nak hadapi masalah tu sorang-sorang. Ingat, manusia adalah penolong yang  Allah hantar. Ok, sampai sini je la conteng-contengku. Lama tak menaip, rasa macam jari-jari pun dah mengeras. Ayat pun kaku semacam.hee. Till see you later.

P/s:Please do pray for me. Exam is just around the corner.

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^