O Heaven of Books~

Assalamualaikum. Holla!


Books fair. You can't expect but only books everywhere.

Semalam ay pergi ke pesta buku. Berjimba la ay kat sana dengan jutaan buku dan berpuluh-puluh khemah yang tak sempat ay jenguk pun. Baru masuk satu/dua khemah dah rasa macam nak patah kaki dengan tangan. Berpinar mata tengok banyak sangat buku. Excited. Tapi tangan pun dah penuh. Terpaksa mintak bantuan kawan-kawan Alex yang sama-sama ke pesta buku dengan ay. Mesti diorang menyesal jalan dengan ay. Hee. Thanks to Zati, Umie, Amirah, Zainah and Hajar. Jangan serik datang Cairo. Cuma satu pesanan, jangan datang masa pesta buku. Nanti tak pasal-pasal u all yang kena bawak buku akak lagi. Hehe.

As we know, ayat al-Quran pertama yang turun kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah :

.اقرأ باسم ربك الذي خلق. خلق الانسن من علق. اقرأ و ربك الأكرم. الذي علم بالقلم. علم الانسن ما لم يعلم

Maksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu lah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-'Alaq 1-5)

Iqra' (اقرأ). Kalimah Arab yang membawa maksud "Bacalah". Fi'l amr iaitu ayat perintah/suruhan. Berasal dari fi'l madhi iaitu past tense: kalimah qara'a (قرأ) bermaksud "telah baca".

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya secara lisan dengan kuat.

Dulu ay pernah terbaca yang 'bacalah' tu boleh membawa maksud :


1) Membaca apa-apa bahan bacaan untuk diri sendiri.

2) Mengulang apa yang telah dibacakan kepada kita.  

3) Membacakan untuk orang lain. Maknanya, menyampaikan apa yang dibaca kepada orang lain.

Maksud-maksud ni sangat berkaitan dengan peristiwa wahyu pertama yang turun kepada Rasulullah. Allah memerintahkan Rasulullah untuk membaca ayat melalui malaikat Jibril. Tetapi Rasulullah menjawab: (ما انا بقارئ) iaitu "Aku tidak boleh membaca". Jadi, 'bacalah' yang Allah maksudkan adalah ulang apa yang telah dibaca oleh malaikat Jibril. Dan Allah juga memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan apa yang telah dibacanya kepada umatnya. 

Jadi, kita sebagai umat yang mengaku mencintai Nabi Muhammad Habibullah perlu menanamkan budaya membaca dalam diri. Oleh kerana ia merupakan perintah pertama yang Allah turunkan, pasti ada signifikan yang tertentu. Start from now. Get a book and read it over until you're in love with books. ^.^

P/S: be a bookworm is much better than facebookworm



Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^