pelangi itu 7 warna

Assalamualaikum. Holla.



"Kau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini"

Pelangi Petang, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.



"Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika 
Tak pernah ku duga
 Kini tiada"

Pelangi Senja, Stacy.


Masa sekolah rendah dulu ay ingat lagi, subjek Sains kena hafal nama dan susunan warna pelangi. Ahak. Siap kena hafal akronim lagi.

Merah : Michael
Jingga  : Jackson
Kuning : Kena
Hijau   : Halau
Biru     : Balik
Indigo  : India
Ungu   : Utara

Kaedah akronim sangat berkesan sebab kalau nak hafal hentam keromo je, kompem-kompem la berterabur susunan sebab warna kan banyak. Boleh jadi pink pun masuk dalam warna pelangi kalau tak hafal ikut akronim ni. eheh. Apa yang uniknya, 7 warna ni bila bergabung akan jadi warna putih kan? Subhanallah. Betapa indahnya ciptaan Allah. Dan proses terjadinya pelangi ni pun hasil serakan warna putih iaitu hujan. *ye ke dok? heee. hentam saja la labu. =.='

Setiap penciptaan makhluk tu pasti ada hikmah tersendiri. Hadirnya pelangi selepas hujan panas boleh dianalogikan sebagai "setiap kesedihan yang kita rasa pasti akan ada sinar kebahagiaan yang bakal menyusul tiba" walaupun ia datang sekejap je tapi cukup untuk memberi nafas baru, kan?

*merindui nasi hujan panas di kenduri-kenduri kahwin*




Comments

Popular posts from this blog

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^