nikmat lupa~

Assalamualaikum.

Hampir seminggu sejak kehilangan itu. Hampir seminggu juga post di fb hanya tentang allahyarham pokde. Hari ini juga tentang pokde? Tak. Mungkin. Cuma berkaitan sedikit. Mungkin. Saya masih ingat sewaktu di KIBA(Kursus Intensif Bahasa Arab) dulu, ada seorang pelajar ikhwah diberi taklifan untuk memberi tazkirah semasa solat tarawih,sewaktu gap antara 8 rakaat tu. Pelajar tersebut memberi tazkirah tentang 'Nikmat Lupa'. (tajuk saya reka memandangkan saya tak ingat tajuk yang dia beri =.=')

Dia, X(bukan nama sebenar) berbicara tentang perbualannya dengan ibunya;

X : Ibu, X dah baca banyak kali dah buku. Tapi kenapa X lupa balik apa yang X dah baca?

Ibu : X tahu tak, lupa itu kadang-kadang boleh jadi nikmat tau.

X : Eh? Yeke ibu? Macamana boleh jadi macam tu?

Ibu : Dulu, masa ibu nak melahirkan X... Sakitnya hanya Allah yang tahu. Ibu rasa macam sanggup diambil nyawa kerana terlampau sakit.. (ok,yang ni metafora.saya exaggerate sikit.eheh) Tapi,selepas X lahir... Melihat X dengan mata sendiri, mendengar tangisan X... terus membuatkan ibu lupa segala kesakitan yang ibu rasa. Cuba X bayangkan.... kalau ibu tak diberi kelupaan terhadap sakit tu, agak-agak sanggup tak ibu nak membesarkan X yang menyebabkan ibu rasa sakit? Sekarang berapa orang adik-beradik X?

X : Ibu...anak ibu 8 orang,kan. Jadi,adik-beradik X ada 8 la.

Ibu : Cuba bayangkan... kalau ibu tak boleh lupakan sakit ketika melahirkan, agak-agak X ibu sanggup tak nak bersalin lagi?

X : Mestilah tak. (sambil tersenyum mula mengerti apa yang dimaksudkan 'lupa itu kadang-kadang nikmat').

Begitulah kehidupan kita. Kita akan berhadapan dengan situasi yang mana kadang-kadang kita anggap perkara yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Kehilangan orang tersayang. Perpisahan dengan rakan baik. Tragedi yang menimpa keluarga atau diri. Putus cinta.eheh. Dan lain-lain. Kita sangka kita takkan dapat lupakan kesedihan kita tu. Kita fikir kita akan terus merasa kepedihan tu. Kita rasa futur. Jatuh. Tersungkur. Hakikatnya, Allah telah menyediakan nikmat yang berharga untuk kita. Nikmat lupa.

Tidak, Allah tidak akan membuatkan kita lupa perkara tersebut sekaligus. Dia Yang Maha Berkuasa akan menarik kesedihan itu perlahan demi perlahan. Dalam fatrah seminggu atau dua minggu kesedihan, mungkin kita takkan mampu lupakan lagi keperitan itu. Tapi... selepas fatrah tu, rasakanlah keajaiban kuasa Allah. Kita sudah mampu bergelak tawa guling-guling di atas rumput, main Crazy Penguin seperti pahlawan, dan mungkin menonton Running Man dengan gumbiranya. (saya adalah sangat terkecuali dari senarai di atas.sumpah tak tipu ^^,)

Itu adalah hakikat manusia. Sebab tu kita ada fatrah berkabung. Fatrah di mana hati merasa sangat meruntun pilu. Jadi, dalam fatrah ni jangan rasa aneh dengan sikap mereka yang ditimpa ujian tersebut. Jangan marah sekiranya senyuman manis kita dibalas dengan wajah emotionless. Ataupun kata-kata kita hanya dibalas dengan pandangan kosong. Jangan marah atau berkecil hati. Sebaliknya, berikanlah mereka ruang. Fahamilah mereka. Itu adalah lumrah manusia. Tetapi, seandainya perkara ini berlanjutan sehingga setahun selepas fatrah berkabung, maka caknalah anda terhadap mereka. Dibimbangi perkara tersebut bukan lagi fitrah tetapi dorongan hasutan syaitan. Nauzubillah min zalik.

Ya, kehilangan itu memedihkan. Perpisahan itu memeritkan. Tetapi hidup harus diteruskan. Dan ya, mereka yang terlalu baik tidak akan dilupakan. Kenangan bersama mereka akan kekal selagimana kad memori masih berfungsi. Tetapi, yang dilupakan itu adalah kesedihan. Wallahu Taala a3lam.



*lupa pelajaran bukan nikmat, tetapi bala.oheii. credits to X jika anda membaca. ^^,

Adios.

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^