solidarity for Sabahan#

Assalamualaikum.

Jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara seagama di Sabah khususnya dan seluruh penduduk Sabah umumnya.



Sabah. Tiada memori antara saya dan negeri itu. Tetapi, namanya kerap disebut dalam keluarga saya. Keluarga Pak Ngah dan Pokde pernah tinggal di Sabah. Sehingga salah seorang anak Pak Ngah dipanggil Angah Sabah oleh kerana dalam kalangan sepupu kami ada dua orang Angah.eheh. Kemudian mereka kembali berpindah ke Semenanjung sebelum tahun 2000 kalau tak silap.

Masa terus berlalu. Angah anak Mak Long pula ditugaskan ke Sabah sebagai guru JQAF pada tahun 2011 lebih kurang. (Tak pasti betul ke tahun tu. Lemah betul memori. =.=') Gelaran Angah Sabah bertukar pemilik. ^^

Abang Tam anak Ngah; sepupu belah ayah juga sebelum ni bekerja di Sabah. Polis. Tetapi sudah bertukar ke Bukit Aman. Dan terbaru, anak Mak Tam Zahrah yang bekerja di Sabah sebagai askar dan isterinya; kedua-duanya duapupu saya, ikut sama ke sana. Dan ada juga beberapa orang kawan yang belajar di sana. Dan ada juga kawan-kawan Sabah yang belajar di Mesir.

Jadi, bila terdengar dan terbaca berita tentang Sabah diserang penceroboh, hati mana yang tak berdebar? Bimbangkan keselamatan orang-orang yang kita kenal dan sayang. Dan di saat ini, hanya doa dapat dipanjatkan agar mereka yang berada di Sabah selamat dari serangan musuh. Semoga anggota polis yang terkorban ditempatkan dalam kalangan para syuhada'. Dan semoga nusrah Allah sampai kepada seluruh pejuang negara.

Apabila yang selama ni dibaca di suratkhabar tentang negara lain telah berlaku di negara sendiri, tidakkah hatimu merasa bimbang? Semoga Allah melindungi kita semua. Allahumma aamiin.




Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^