Only Him.

10 November 2014.

Seorang gadis Melayu yang tak berapa nak ayu berjalan seorang diri ingin pulang ke rumahnya menyusuri jalan berdebu setelah menyelesaikan beberapa urusan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Berbekalkan tawakkal yang cukup tinggi kepada Allah, dia berjalan dan terus berjalan sehingga sampai ke tempat menunggu bas/tramco. Dia bukan seorang yang berani setelah beberapa insiden telah berlaku sebelum ini ke atasnya dan rakan-rakan yang lain, tapi oleh kerana keadaan yang terpaksa membuatkan dia berjalan sendirian, dia menggagahkan juga kakinya. Setiba di perhentian, dia menanti kalau-kalau ada bas atau tramco yang menuju ke destinasi yang ingin ditujunya sambil matanya melilau keadaan sekeliling. Kelihatan ramai pelajar Arab sekolah rendah/menengah yang baru pulang dari sekolah turut menunggu di perhentian tersebut. Gadis Melayu itu terpandang seorang gadis berkulit hitam yang bersandar pada tiang lampu di perhentian tersebut sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon. Wajahnya berkerut seolah menahan sakit dan matanya berkesan airmata. Tiba-tiba,

"Ya ukhti.... ya ukhti", gadis berkulit hitam itu memanggil gadis Melayu itu.

Gadis Melayu itu menoleh ke kiri ke kanan kalau-kalau gadis berkulit hitam itu memanggil orang lain. Tapi ternyata gadis berkulit hitam itu memanggilnya. Jadi, dia mendekatkan diri kepada gadis berkulit hitam itu.

"Saya nak minta tolong awak. Saya jatuh dari bas dan sekarang saya rasa sangat sakit di bahagian rusuk saya. Boleh tak awak tolong berhentikan mana-mana teksi sebab saya memang tak larat nak bangun", jelas gadis berkulit hitam itu kepada gadis Melayu itu dalam bahasa Arab.

Gadis Melayu itu terus bersetuju kerana bersimpati dengan gadis berkulit hitam itu dan berusaha memberhentikan mana-mana teksi yang lalu di situ. Ternyata sukar untuk mendapatkan teksi pada hari itu. Tak banyak teksi yang lalu di situ dan kalau ada pun, teksi tersebut sudah ada penumpang. Tiba-tiba, seorang lelaki berbangsa (tak dapat dipastikan bangsanya tapi dipercayai lelaki berkewarganegaraan Khazakstan, Uzbekistan atau negara -tan yang lain) menghampiri gadis Melayu itu dan berkata,

"Ukhti, kamu nak naik teksi ke? Saya syorkan jangan naik teksi dalam keadaan sekarang sebab sejak-dua-menjak ni banyak kes yang berlaku dengan teksi".

"Tapi kawan saya ni sakit. Dia jatuh dari bas dan dia tak boleh bangun. Jadi dia minta saya membawanya pulang ke rumahnya menaiki teksi", gadis Melayu itu menjawab.

"Oh, kalau begitu kamu berdua perlu ditemani seorang lelaki untuk menaiki teksi bersama kerana keadaan sangat berbahaya untuk kamu berdua sahaja menaiki teksi", syor lelaki tersebut.

"Tapi kami tak tahu siapa yang boleh menemani kami memandangkan kami tak kenal sesiapa di sini", jawab gadis Melayu itu.

"Kalau begitu, saya boleh menemani kamu berdua. Saya akan memberhentikan teksi. Kamu tunggu di sini", kata lelaki tersebut.

Di saat itu hanya Tuhan tahu betapa bersyukurnya gadis Melayu itu kerana masih ada yang prihatin tentang situasi yang kritis tersebut. Lelaki itu pun memberhentikan sebuah teksi dan mereka menaiki teksi tersebut. Gadis berkulit hitam itu dipapah oleh gadis Melayu itu ke dalam teksi dibantu oleh seorang gadis Melayu yang lain setelah ternyata gadis Melayu itu tak berdaya nak memapahnya sendirian. Di dalam teksi, gadis berkulit hitam itu dibaringkan ke atas ribaan gadis Melayu itu. Dia tertidur kepenatan mungkin. Sesekali dia mengerang kesakitan dan air matanya mengalir. Entah kenapa, gadis Melayu itu turut menangis. Perasaannya bercampur-baur. Sewaktu di perhentian lagi dia merasa seperti air mata sudah bertakung tetapi ditahan agar tidak keluar. Tetapi dia tak dapat menahan lagi airmatanya apabila berada di dalam teksi sehingga pemandu teksi itu kehairanan. Lelaki -tan yang menemani mereka menaiki teksi itu yang berhubung dengan abang gadis berkulit hitam itu dan memaklumkan bahawa mereka akan terus ke Hospital Rabiatul Adawiyah kerana keadaan gadis berkulit hitam itu perlu segera diperiksa oleh pihak hospital.

Setibanya di hospital, gadis berkulit hitam itu terus dibawa ke doktor untuk pemeriksaan dan doktor mengesyorkan pemeriksaan x-ray perlu dijalankan ke atasnya. Semasa mendaftarkan gadis berkulit hitam itu untuk pemeriksaan x-ray barulah mereka tahu nama gadis berkulit hitam itu ialah Muna. Sewaktu Muna menjalani pemeriksaan x-ray, abang dan neneknya sampai di hospital tersebut. Setelah selesai pemeriksaan x-ray tersebut, gadis Melayu dan lelaki -tan itu membuat keputusan untuk pulang dan menyerahkan urusan selebihnya kepada keluarga Muna. Keluarga Muna berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana membantu Muna. Muna memandang gadis Melayu dengan penuh terharu dan barulah sempat bertanya nama dan nombor telefon gadis Melayu itu.

"Nama saya Sirin. Ini nombor saya 012-XXXXX", jawab gadis Melayu itu.

"Terima kasih Sirin. Terima kasih banyak-banyak. Saya dah banyak menyusahkan kamu hari ini", jawab gadis berkulit hitam itu.

"Tidak, kamu tak menyusahkan saya pun. Kita kan saudara seIslam", jawab gadis Melayu itu sambil tersenyum.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, gadis Melayu itu pun keluar dari hospital itu untuk pulang. Dia baru tersedar yang dia berada di satu kawasan yang agak asing kerana dia tak pernah berjalan di kawasan tersebut. Sambil berjalan, dia bertanya kepada mana-mana orang yang dijumpai di mana tempat untuk menunggu bas/tramco kerana dia berpegang kepada prinsip, 'Malu bertanya sesat jalan'. Berbekalkan tawakkal kepada Allah, dia sampai juga ke rumah membawa banyak pengajaran bersamanya.

Dia belajar banyak perkara pada hari itu. Antaranya: Fear, sadness and hope; all should be directed to Allah. Only Him.

p/s : Senyum. Sedar bukan kita sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. :)

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^