Aku, Orked, dan Kaktus.

"Aik, tengok Doraemon?", Orked bertanya sinis.

"Doraemon 'ringan' sikit jalan ceritanya. Nak tengok cerita 'realiti' agak 'berat'," jawabku ringkas. Wajah Orked kelihatan mendung.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?". Aku menekan butang pause menghentikan babak Doraemon dengan dorayakinya.

"Hmm, kau tahu kan pasal dia?"

"Dia?" aku cuba mencari memori tentang orang yang bernama Dia. "Siapa Dia? Budak baru ke?". Aku menyoal.

"Melur, aku cakap pasal boyfriend aku la," Orked agak tersinggung.

"Oooh, sorry sorry. Aku ingat siapa. Sebutlah nama. Kau sebut dia dia, mana aku nak tahu siapa. Hehe," aku tersengih-sengih cover silapku. Seharusnya aku tahu Orked memang biasa menggunakan istilah 'dia' merujuk kepada Kaktus, teman lelakinya itu. "Haa kenapa dengan dia?" mengembalikannya kepada topik.

"Aku nak minta putus. Aku nampak dia keluar dengan bunga lain," jawab Orked dengan muncungnya.

"Eloklah tu. Bukan pertama kali ni kan dia buat macam ni?"

"Melur.... Aku sayang dia. Kenapa dia buat aku macamni? Apa salah aku? Kalaulah aku tak pernah jumpa dia kan bagus," Orked mula menangis teresak-esak di bahuku.

"Orked, kau nak dengar sesuatu tak?" soalku apabila tangisnya mula reda.

"Apa dia?" Orked kembali menyoal sambil tersedu-sedu.

****


Tak, Doraemon sebenarnya tak se'ringan' yang aku sangka. Ia agak 'berat' dengan mesej-mesej yang tersirat. Contohnya, ia menyedarkan kita betapa penggunaan 'kalau' tak boleh mengubah nasib mahupun takdir kita.

"Seronoknya KALAU ada pintu sukahati, ataupun KALAU adanya poket Doraemon, ataupun KALAU Doraemon datang tolong aku sekarang." Dan banyak lagi KALAU yang kita ingin sebutkan. Hakikatnya, KALAU takkan mengubah takdir kita. Kita suka menyebut KALAU apabila kita menyedari yang dulu kita pernah tersilap membuat keputusan.

"Kalaulah aku tak pernah berkenalan dengan dia, tidaklah pedihnya begini".

"Kalaulah aku pilih course tu, tidaklah susah sangat belajar".

"Kalau aku letak phone aku di dalam beg, pasti tak dicuri".

Kalau itu, kalau ini. Kalau begitu, kalau begini. Sehingga kita lupa siapa yang telah mengatur perkara itu untuk berlaku. Dalam sebuah hadis sahih Muslim Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda;

Jangan kamu berkata: “Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.
Sumber: Jangan Sebut Perkataan Kalau


Dalam hidup ni banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Ada juga perkara yang berlaku tak sama dengan perancangan kita. Peristiwa yang berlaku kadang-kadang tak tersingkap hikmahnya. Sebab apa? Sebab kita cuma hamba. Banyak perkara yang Allah rahsiakan dari pengetahuan kita untuk menguji kebergantungan kita pada-Nya. Selama mana kita yakin bahawa Allah telah menyediakan yang terbaik untuk kita, hati kita akan merasa lapang. Perkataan 'kalau' juga tak akan keluar dari mulut kita.

****

"Kau apa tahu? Kau tak rasa apa yang aku rasa".

"Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Hitam putih yang kau nampak sekarang, kan? Pedih memang pedih, sakit memang sakit, pahit memang pahit. Kau yakinlah pelangi biasanya datang selepas hujan".

"Emmm..."

"Memang perit bila kau sedar yang kau tersilap memberi kepercayaan kepada seseorang tu, tapi Allah tak mengatur perkara tu dengan sengaja. Semua aturan dia macam jig-saw puzzles. Satu hari nanti kau akan nampak peristiwa ni antara cebisan puzzle tu. Percayalah semuanya ada hikmah".

"Terima kasih Melur. Aku janji mulai saat ni, aku takkan gunakan 'kalau' lagi," jawab Orked sambil mengesat air matanya.

"Tapi, jangan sampai kau minta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengharamkan penggunaan perkataan 'kalau'. Ia masih relevan digunakan untuk ayat 'Kalau satu didarabkan dengan satu jawapannya satu'," selorohku.

"Lol. Aku tahu la tu," jawab Orked sambil menjeling.

"Bagus. Boleh aku sambung tengok Doraemon?"

=.='


Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^