Doyokie.

Assalamualaikum. Hye!

Rindu kitew tak? (soalan mintak penampo) hikhik. Okay, hampir setahun tak merapu di sini. Sangat busy u know (tangan di atas bahu, mata dijulingkan). Tak busy pun, tapi buat-buat la busy kan. Alhamdulillah, sesi pengajian 13/14 dah berlalu. All those hectic months dah lepas. Berdebar-debar pula nak masuk sesi 14/15. What will gonna be for the next term? Sama-sama la #PrayForSirin ye. So, ceritanya saya sedang berbahagia membela Pou di rumah (currently in Malaysia). Coppp, I'm HOOOOOOME!!!!! (saje tunjuk keterujaan berada di rumah). Pou saya sangat sihat (sesihat tuannya herher). Namanya Doyokie. Wait a minute, bukan nak cerita pasal Doyokie pun sebenarnya.

Well, hmmmmmm (banyak 'm' menunjukkan banyak yang nak disampaikan). Okay, satu-satu ye.

1) Jangan lupa bersyukur atas nikmat iman dan islam, nikmat sihat, nikmat kejayaan, nikmat hidup dan lain-lain.

2) Tahun ni kita dikejutkan dengan banyak berita yang mengejutkan la, kan. Saya percaya ramai yang masih bersedih dengan apa yang berlaku. You name it; MH370, MH17, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan lain-lain tempat yang tertindas. Sekalung takziah buat keluarga yang terlibat dengan tragedi MH370 dan MH17. Sama-sama la kita menyumbang doa dan bantuan kepada saudara-saudara kita di seantero dunia yang ditimpa musibah. Teruskan membaca qunut nazilah dan teguhkan saf-saf kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

3) Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh beberapa bulan ni. Rasa macam nak menyanyi lagu Maher Zain, Barakallahulakuma pula hewhew.

4) Tahniah kepada adik-adik yang baru check UPU, yang berjaya meneruskan pengajian ke universiti samaada idaman mau pun bukan idaman. Belajar rajin-rajin tau. Jangan bayangkan kehidupan di universiti ini  macam drama 'Dunia Baru' aherher. You gotta be tough and prepared enough to face all the obstacles and hardships kat U nanti. Dongar cakap akak ni kalau tak nak menyosal nanti. ^^,

5) Well, since last year I'm working on cerpen (la kot) bertajuk Anak Ayah. I published once but then I reverted it to draft because of lacking of confidence >,<  Jadi, mohon jasa baik kawan-kawan doakan saya dapat siapkan dengan jayanya dan dijauhkan dari penyakit kekurangan ilham dan semangat. Segala jasa baik pihak tuan/puan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih hewhew.

6) Mohon doakan saya jadi lebih gigih dalam belajar, ye. Alhamdulillah dapat meneruskan pengajian ke tahun tiga tu memang seronok tapi semakin besar angka, semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak cabaran. #PrayForSirin semoga dia kuat untuk hadapi next term.  T_T

Okay, dah. Ini 'je' nak merapu pun. Nak bagi Doyokie makan. Till we meet again. Adios!


Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^