Hey, jangan buli dia!
Perasan atau tak, kes buli secara fizikal dalam kalangan pelajar boleh dikatakan semakin berkurangan. Rupa-rupanya ada satu pembulian yang lebih canggih iaitu buli siber. Oh, yelah. Zaman semakin moden, cara nak membuli pun perlu la semakin moden. Saya terbaca satu laman web yang menceritakan tentang buli siber dengan tajuknya "Gangguan Buli Siber kepada Keselamatan Kanak-kana k." Saya rasa artikel ni sesuai jugak untuk remaja dan belia, bukan kepada kanak-kanak sahaja. Sebelum ni, saya cuma mendengar istilah buli siber ni dari tv. Melalui drama omputih yang menceritakan bagaimana seorang gadis dibuli secara online oleh rakan-rakan sekolahnya. Dia merasa terhina sehingga hampir mati kerana percubaan membunuh diri. Buli siber menyerang mangsa secara psikologi. Bahayanya buli siber kerana kita tidak nampak kesannya dari sudut fizikal, tapi dari sudut mental dan psikologi. Baru-baru ni, bila adik saya memberitahu ada orang cuba 'menghentam' dia di fesbuk, saya mul...