Pak Cik Polis, tolong jangan....

Perjalanan ke SMABI yang baru bermula dirasakan sangat 'terkawal' dengan perasaan yang bercampur-baur. Antara teruja,seronok, dan macam2 la. Dalam keriuhan tengahari itu di dalam kereta kak husna, tiba2 kelihatan kereta polis peronda sedang bergerak perlahan. Kerana rasa yakin bahawa kami tidak melakukan apa2 kesalahan, kak husna pun memintas kereta itu dengan lajunya. Tiba-tiba, kereta itu dilihat sedang bergerak laju seperti cuba mengejar kami. Kami semua panik, terutamanya kak husna la. Kereta peronda polis tu pulak bagi isyarat suruh berhentikan kereta. Ayoyo,ape kes lak ni? Semua penumpang Wira kak husna dah macam cacing kepanasan masa tu. Dua orang pak cik polis datang ke kereta kak husna dan mula menyoal-siasat. Polis tu tak la tua sangat, dalam lingkungan usia 30-an tapi sebab dah jadi kebiasaan menggelarkan seorang lelaki sebagai pak cik, maka itulah gelaran terbaik untuk mereka.hehe.

Dalam kekalutan perasaan dan minda, saya sempat bagi mesej kat adik saya: "Weh,kereta kena tahan dengan polis". "hah?knape?korang buat ape?". Saya  balas, "Entah,overloaded kot.4 orang kat tempat duduk blakang kereta Wira, overloaded ke?. "Hehe.overloaded tu tapi takkan takleh kompromi?"."Entah,kena saman lak ni.sian la kat akak ni"."Korang pun, berani sangat.hehe". Cuaknya kami semua saat tu hanya Allah yang tau. Dalam hati ni,tak habis-habis doa : Ya Allah,janganlah pak cik polis ni suruh kami ikut dia ke balai ke ape. Dalam masa yang sama,pak cik polis yang berkaca mata hitam menulis sesuatu di atas surat saman. Alhamdulillah, kami dilepaskan pergi dengan saman atas kesalahan tak tampal P sahaja. Kalau pak cik polis tu saman untuk dua lagi kesalahan lain, memang 'kering' la kami semua.

Kami meneruskan perjalanan dengan penuh 'berhati-hati'. Kalau la ada anugerah pemandu paling berhemah, saya yakin kak husna la penerima anugerah tu.hehe. Alhamdulillah, kami sampai di SMABI pada pukul 5 lebih. Insiden ni akan jadi kenangan yang paling bermakna kepada kami semua.

P/s : Lumrah manusia, pasti akan berbuat silap. Bersukurlah seandainya diberi kesempatan untuk menebus kesilapan kita iaitu memandu dengan sangat berhemah.hehe 



Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^