Hey, jangan buli dia!

Perasan atau tak, kes buli secara fizikal dalam kalangan pelajar boleh dikatakan semakin berkurangan. Rupa-rupanya ada satu pembulian yang lebih canggih iaitu buli siber. Oh, yelah. Zaman semakin moden, cara nak membuli pun perlu la semakin moden. Saya terbaca satu laman web yang menceritakan tentang buli siber dengan tajuknya  "Gangguan Buli Siber kepada Keselamatan Kanak-kanak." Saya rasa artikel ni sesuai jugak untuk remaja dan belia, bukan kepada kanak-kanak sahaja. Sebelum ni, saya cuma mendengar istilah buli siber ni dari tv. Melalui drama omputih yang menceritakan bagaimana seorang gadis dibuli secara online oleh rakan-rakan sekolahnya. Dia merasa terhina sehingga hampir mati kerana percubaan membunuh diri. Buli siber menyerang mangsa secara psikologi. Bahayanya buli siber kerana kita tidak nampak kesannya dari sudut fizikal, tapi dari sudut mental dan psikologi.  


Baru-baru ni, bila adik saya memberitahu ada orang cuba 'menghentam' dia di fesbuk, saya mula bimbang kalau2 adik saya sedang cuba dijadikan mangsa buli siber. Mangsa buli siber tak boleh dibiarkan bersendirian kerana apabila dia bersendirian, dia akan mula memikirkan tentang apa yang dikutuk oleh rakannya di laman sosial tersebut dan dia akan merasa tertekan. Alhamdulillah, adik saya cool. Bagi orang yang mudah melupakan apa yang berlaku, tak mengapa. Tapi, bagi mereka yang lemah semangat, pasti kesannya sangat berbahaya. 

Di dalam Islam, Allah melarang keras kita menyakiti hati orang lain dengan apa cara sekalipun. Seperti mana di dalam sebuah hadis, Abi Hurairah r.a berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab berprasangka adalah sejelek-jelek pembicaraan. Janganlah kamu saling mencari kejelekan orang lain, janganlah saling bermegah-megahan, dan janganlah saling dengki mendengki. Janganlah saling mengumbar emosi, dan janganlah saling menjauhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersatu dan bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan Allah kepadamu. Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, yang di antara mereka dilarang saling menganiaya, saling menghina, dan saling meremehkan. Taqwa adalah di sini (sambil Rasulullah memberi isyarat ke arah dada). Cukuplah seorang muslim dikatakan melakukan kejelekan apabila dia menghina sesama muslim. Seorang muslim dengan muslim lainnya harus saling menjaga darah, kehormatan, dan harta kekayaannya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim).


P/S : Kepada pembuli-pembuli siber,ingatlah bahawa setiap amalan kita akan disoal di hadapan Allah kelak. Daripada membuli, lebih baik awak main Angry Birds.




Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^