Novel o Novel.

"Filem Ombak Rindu tu, kalau sape2 yang tak pernah baca novel dia, mesti rasa okey je. Tapi sape2 yang pernah baca novel dia, memang rasa tak puas hati laa,"seorang kaki novel memberi komentar dengan bersungguh-sungguh. "Betul tu, rasa macam ada yang kurang. Rasa macam nak suruh sambung je lagi cerita tu,"sampuk seorang lagi kaki novel. Saya cuma mampu mengangguk-angguk, dan tersengih-sengih. Tak mampu nak mengulas panjang sebab sejujurnya, saya tak habis pun baca novel tu dan tak menonton lagi filem tu. Macam mana nak habis baca, baca pun melangkau by pages or frankly, by chapters. Memang tak dapat la nak menghayati jalan ceritanya. Sama la jugak dengan novel Adam&Hawa dan Andai Itu Takdirnya. Mungkin dah jadi sikap kot, tak suka apa yang orang lain fanatikkan. Tapi budaya membaca novel tu memang ada la dari dulu lagi cuma mungkin sekarang dah mula nak bersara. Oh,really? Kalau ayah saya tahu ni, mesti ayah saya nak buat kenduri kesyukuran.hehe.

Setiap perkara ada pro dan kontra. Macam tu jugak novel. Bila memikirkan kebaikannya, saya teringatkan ibu teman baik saya, Qistina. Orang panggil beliau Cikgu Hafizah. Beliau mengajar subjek B.M kat sekolah kami dulu. Cikgu Hafizah tak marah pelajar beliau membaca novel kerana katanya, novel boleh membantu pelajar untuk mengembangkan idea dalam bidang penulisan kreatif. Patutlah Qistina tu kreatif orangnya.hehe. Betul jugak kata Cikgu tu. Saya jugak rasa novel boleh menambah kosakata yang ada pada kita. Dan adik saya cakap, novel boleh releasekan tension. Dan mungkin ada banyak lagi kebaikan novel yang tak terungkap di sini.  

Tetapi..

Ada pulak tapi-tapi ni yang tak syoknye. Bukan tak bagus baca novel ni, tapi penangannya yang kuat boleh buat orang tak tidur malam (khas untuk diri sendiri). Yelah, bila da mula membaca memang la nak habiskan sehari jugak kalau boleh. Semangat berkobar-kobar tak kira la waktu dah pukul berapa pun, janji dapat habiskan baca. Nak-nak kalau novel tu yang meruntun kalbu, sampai meleleh air mata. Sedar-sedar, jam dah pukul 5 pagi bila dah habis baca. Pergh!! hebat penangan novel ni. Bagi pelajar-pelajar, memang tak elok la stay up semata-mata kerana nak baca novel. Penyudahnya, dalam kelas angguk-angguk, geleng-geleng.

Lagi satu, novel ni pakar dalam membuatkan kita berkhayal. Lepas habis baca, mula la dok terbayang hero idaman, "Bestnya kalau dapat suami macam tu" and so on la. Tak kurang jugak yang rasa macam nak tukar jalan cerita, sebab jalan cerita novel tu tak kena dengan hati la. Macam-macam la perasaan yang sedikit sebanyak mengganggu produktiviti kita.

Lagi satu, kalau dah selalu membaca tu, bila masa nak study nya cik akak oi? Novel cintan-cintun tu takde pun tunjuk formula algebra and other terms of mathematics. Kalau sekali-sekala takpe la. Ceh! Memberi kelonggaran pada diri sendiri nampak.hehe. Tapi betul la, kalau bukan pelajar takpe la nak baca seberapa banyak novel pun dalam sehari. Ni tidak, pelajar la kebanyakannya kaki novel. Especially girls la. Tak salah nak baca, tapi kurang-kurangkan la kerana hakikatnya, novel tu hanyalah rekaan semata-mata, tak berkaitan dengan kita pun.

Lagi satu, kalau selalu sangat membaca, banyak la pembaziran yang berlaku. Pembaziran duit, masa, dan tenaga. Membazir duit bila selalu beli novel. Pantang dengar ada latest novel kat kedai, cepat je pergi beli. Sekali-sekala takpe la. Tapi kalau dah berkala-kala, mau pokai jadinya. Saya pun stakat ni, cuma ada dua novel yang dibeli sendiri. Yang lain tu, pinjam je.hehe. Membazir masa kalau selalu sangat baca. Sampai ada yang mengabaikan makan, minum, pelajaran. Erk. Agak melampau la tu. Membazir tenaga kalau selalu baca. Waktu malam untuk merehatkan diri, tapi terpaksa pulak badan terutamanya mata kerja overtime sebab nak perabih baca novel punya pasal.

Baru sekarang saya faham kenapa ayah saya tak menggalakkan anak daranya ni baca novel. Banyak keburukan daripada kebaikan. Tapi, memang tak salah kalau nak baca. Cuma, kenalah berpada-pada. Jangan terlampau fanatik, dan jangan terlampau anti. Ambillah jalan tengah antara kedua-duanya. Kerana ummah yang terbaik adalah ummah wasatha.

P/S : Novel terbaik adalah al-Quran.. 
  

 

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^