CERKON#Ep.1# husnuzzon la selalu. n_n

Tok tok tok. Tok tok tok. *Klasik betul orang tua ni. Guna la bell,takla penat aku nak mengetuk pintu rumah dia ni.*

"Assalamualaikum! Assalamualaikum! Saya datang nak beraya! Assalamualaikum!"

Eh, tiga kali da bagi salam ni. Kena blah da ni. Eh, tak bole tak bole, duit kutu bulan ni aku punya turn. Kena jumpa jugak Mak Jeripah ni. "Assalamualaikum! Anybody home?" *ceh,tak payah nak ber'anybody home' sangat laa. Rumah orang Melayu ni,bukan omputih.*

Senyap sunyi je rumah ni. Mana tuannya? Eh,pintu tak berkunci. Mana pulak macik ni pergi? Bahaya sungguh la, boleh ditinggalnye rumah tak berkunci. Ya Allah, bersawang kat dinding dengan siling macam apa dah ni. Superman Spiderman mesti suka punye lepak kat sini. Ish ish ish, dengan baju bertimbun tak berlipat. Tunggang-langgang macam baru lepas kena hentam dengan iceberg dah aku tengok ni. Hidup lagi ke tak macik ni?  

"Oit, Jemah! Aku kat belakang ni haa. Tak payah nak tertinjau-tinjau sangat laa apa yang ada kat rumah aku ni. Kuih raya tak ada, langsir raya tak ada, sofa raya tak ada, lagi-lagi ketupat rendang. Tak ada apa-apa yang menarik untuk kau tengok."

"Ish, Mak Jeripah ni. Penat saya bagi salam, tak berjawab pun. Berdosa tau tak jawab salam. Yang Mak Jeripah duduk termenung kat tepi mesin basuh ni kenapa?"

"Jemah, aku ni baru balik dari rumah adik aku yang bongsu tu. Kena menjaga dia sampai habis berpantang. Tu sebab la kau tengok rumah aku bersepah sana-sini. Aku tak ada di rumah selama ni. Dekat sebulan dah aku tak ada di rumah."

Dush! Amikkaww Jemah!

"Oooo, yeke? Patutlaaa.. Eh, saya tahu dah, takkan la Mak Jeripah nak biar rumah Mak Jeripah bersepah kan? Mesti la ada sebab sepah-sepah ni. Hehe." *Pandai pulak kau cover ye Jemah. Tadi mengumpat dalam hati bukan main.*

"Haa, duduklah dulu. Biar aku buat air haa. Kau mesti penat kan? Datang dengan apa?"

"Bawak motor je. Eh, tak payah susah-susah la Mak Jeripah. Saya nak cepat ni. Kejap lagi ada mesyuarat dengan Persatuan Wanita Sibuk Sedunia. Saya datang ni pun nak mintak duit kutu. Bulan ni turn saya kan?"

"Apa yang kau mengarut ni? Bulan ni turn Jasman laaa. Semalam dia dah datang ambil duit dia."

"Eh, yeke? Bukan turn saya ke?"

"Turn kau dua minggu lagi haa. Tu la kau, lain kali catat kat dalam iPad kau tu. Harap je barang canggih, tak pandai nak manfaatkan susah laa. Ini tidak, bergosiiiiip aje kerjanya."

"Ye ye Mak Jeripah, panas pulak telinga saya ni tiba-tiba. Takpe la Mak Jeripah ye, saya balik dulu la. Dua minggu lagi saya datang ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Jemah, Jemah. Tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang."

P/S : Jangan mudah membuat penilaian terhadap seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar.
  

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^