Mak Jemah, Mak Jemah.

 
Cak! Cak! Cak!
 
 
Selesai pun kerja mencuci sawang kat rumah blog aku ni. Ada la entry sikit. Yela, smentara tengah rajin nak menulis menaip ni. Nanti bila dah stat malas, pokai idea, kekangan masa dan bla bla bla... memang susah la nak update blog 'tercenta' ni.
 
 
 
 
 
Siapa kenal Johan Raja Lawak, sila thumbs up. Okey, nampak nampak. Keciknya thumb kau Qistina. Hehe. Boleh kata satu Malaysia kenal Johan. Dia mula terkenal selepas menyertai program realiti astro, Raja Lawak pada beberapa tahun yang lepas. Regu dia Zizan yang memang kelakar la. Johan lah yang memperkenalkan nama Mak Jemah kepada Malaysia dan juga aku apabila dia dan Zizan menyertai Maharaja Lawak yang ke-berapa entah.
 
And then, aku pun ciplak nama Mak Jemah untuk watak cerkon (cerita kontot) dalam blog aku ni.
Kalau ada yang kata, "Hey, mana boleh tiru nama orang yang copyright reserved". Aku akan jawab,
 
"Biarlah, kau tak tau ke? Imitation is the symbol of admiration".
 
Haaa, amikkaww. Quote tu tak ciplak daripada sesiapa ye. Bukan William Shakespeare, atau Khalil Gibran, atau Emily Dickinson, atau lain-lain. (Tak tau nama penulis yang lain.Tu dapat mention 3 nama je.heee)
 
Dan Mak Jemah yang aku maksudkan dalam cerkon aku mungin ada persamaan dan perbezaan dengan Mak Jemah yang Johan maksudkan. Cerkon aku tidaklah 'sehebat' drama Melayu di tv. *hebat ke habat?* Tapi aku cuba mengetengahkan kisah masyarakat yang realistik dan ada kaitan dengan aku. Inilah pemerhatian aku.

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^