CERKON#Ep.2# sedih... bukan tak sedih. T_T



Eiii, Mak Jeripah ni. Sedap-sedap je perli aku. Nasib baik aku sorang je kat rumah dia tadi. Kalau ada orang lain sekali, jatuh la saham Jemah Propa ni. Aik, kenapa orang ramai-ramai kat rumah Kiah Karipap ni? Ada jualan murah ke?

"Jenab, Jenab. Kenapa ramai-ramai ni Jenab?"

"Laaah, tak ada orang bagi tau kau ke Jemah? Si Kiah ni buat kenduri doa selamat untuk anak perempuan dia yang nak ke Jerman tu. Dia jemput semua ahli Persatuan Wanita Sibuk Sedunia."

"Aik, kenapa aku tak tau apa-apa ni? Habis tu, mesyuarat jadi ke tak ni?"

"Tidak laa. Moh la masuk. Nanti tak merasa nasi karipap Si Kiah ni."

Kenapa aku boleh tak tau? Tak ada orang yang bagitau aku pun. Ish, tak boleh jadi ni. Antena info aku rosak ke?

"Haaa Jemah, Jenab. Mari la masuk. Takkan nak tunggu aku bentangkan karpet merah?"

Amboi Cik Senah. Macam kenduri dia pulak. Over sangat perli tu.

"Kiah, mintak maaf la lambat sikit. Tadi pergi melawat Mak Jeripah." *Rajin pulak kau nak gi melawat dia ye, Jemah.*

"Eh, takpe takpe. Jemput makan la Jemah. Haa, ni anak saya yang nak ke Jerman. Namanya Piah."

"Oh, bila fly?"

"15 haribulan 9 ni fly la."

"Oh, ni kawan-kawan kau ni  nak fly ke Jerman jugak ke?"

"Tak,Peah dalam Malaysia. Masuk UOX. Tiah ni masuk UXX."

"Ooooh.. Eh, bila pulak dalam Malaysia ada nama U banyak sangat X nye?"

"Laaa.. Kak Jemah tak tau ke? Banyak la U macam ni."

Okey, nampaknye aku benar-benar outdated ni. Kena cek semula wireless kepala hotak aku ni.
"Kau tak sedih ke Piah nak tinggalkan kawan-kawan kau ni? Sampai hati kau ye Piah mencurangi kawan-kawan kau." *Sabet lalu.*

"Bukan tak sedih Kak Jemah tapi nak buat macamana. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Suka atau tak, kami akan berpisah jugak satu hari nanti."

"Aah, Kak Jemah. Sedih tu memang la sedih, bukan tak sedih tapi takkan la selamanya kami nak berkepit macam Spongebob dengan Patrick." *Emm,okey. Agak bersabet.*

"Lagipun zaman dah maju Kak Jemah. Pesbuk ada, Twitter ada, Skype ada. Rindu-rindu, kami contact guna benda-benda alah tu je lah."

"Emm, yelah. Ikut korang laa. Yang penting, balik jangan lupa bawak balik sobenir untuk aku ye Piah."

"Kak Jemah, souvenier la. Bukan sobenir."

OH MY ENGLISH!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^