mereka yang terpilih..

Assalamualaikum. Hai.

Second entry for this week. Orang akan tanya,dah takde kerja ke cik akak? Bukan takde, tapi buat-buat takde.hehe. Sebenarnya,sejak menjejakkan kaki ke Mesir ni, ada sesuatu yang bermain dalam minda. Cewah! Nak tunggu lepas betul-betul takde kerja nanti, takut pulak apa yang bermain dalam minda tu keluar nak main luar minda pulak.ehhh.

Pernah tak terfikir kenapa Allah tak pilih Rasulullah dari kalangan orang Melayu? Weh,kau dah kenapa ni mempersoal takdir?ish ish ish. Ni bukan nak mempersoal takdir, cuma nak mengutarakan apa yang dikira penting untuk kita tahu dan menyedari hikmah kenapa Rasulullah dipilih dari kalangan orang Arab. Most of us bila sebut orang Arab, macam-macam perspektif buruk yang terbayang kat fikiran tentang mereka(lagi-lagi bagi yang dah berdepan dengan orang Arab). Badan besar, badan berbau, gigi kuning, tak beradab, barbarian(wehh,tu dah melampau!!). Tu tak termasuk orang Arab sex maniac, penipu, suka bersumpah tak tentu hala, pengotor, panas baran dan lain-lain lagi. Wehhhh, kenapa negatif je semua ni? Barangsiapa yang bila diutarakan soalan tentang orang Arab dan memberi jawapan-jawapan seperti yang tertera di atas, sila istighfar sekarang. Siapalah kita untuk memberi pandangan buruk terhadap sesuatu kaum? Kaum kita -Melayu- ni kira best sangatlah? Kalau kaum kita best, kenapa Allah tak pilih Rasulullah dari kalangan kaum kita?

Hikmah terbesar kenapa Rasulullah dipilih dari kalangan orang Arab:kita boleh lihat betapa cekalnya Nabi Muhammad dan betapa mulianya akhlak Nabi Muhammad
Macam yang kita tau, sebelum Nabi Muhammad diutuskan sebagai Rasul, betapa teruknya akhlak orang Arab pada masa itu. Zaman yang dipanggil Zaman Jahiliyyah. Zaman Kegelapan. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Zina dianggap perkara biasa. Apatah lagi minum arak. Riba dan judi yang menjadi rutin harian. Dan syirik terbesar iaitu amalan menyembah berhala. Tu tak campur lagi dengan apa yang telah tertera di atas tentang sikap dan perangai mereka. 

Tapi kita tengok, bagaimana semuanya boleh berubah selepas kebangkitan Nabi Muhammad sebagai Rasul? Orang Arab yang pada mulanya boleh digelar sebagai golongan barbarian telah bertukar menjadi golongan yang telah menolong agama Allah. Golongan yang sanggup syahid di jalan Allah demi menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ni. Golongan yang berani berjuang demi melindungi Rasulullah. Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada orang Arab. Kerana mereka dan usaha mereka dalam menyebarkan agama Islam hingga sampai ke Nusantara Melayu,(bukan Misteri Nusantara.lol) kita berpeluang menjadi seorang Muslim.
comel kan,budak-budak Arab.(gambar sekadar hiasan)


Cuba fikir sekejap, kita jumpa samseng Arab zaman moden pun kita dah takut. Bagaimana pula Nabi Muhammad yang berhadapan dengan samseng Arab Jahiliyyah yang 10x ganda (mungkin 100x ganda) gangster,samseng,'lu langsi lu mati'? Betapa cekalnya Nabi berhadapan dengan mereka sehingga akhirnya mereka menjadi orang yang paling kuat imannya dalam sejarah tamadun manusia. Ingat senang ke nak ubah sikap dan akidah seseorang? Tapi lihat, kerana betapa mulianya akhlak Nabi Muhammad, baginda telah berjaya memuliakan akhlak golongan Arab. 

Bukan nak memperkecil kaum Melayu,(memandangkan ay pun orang Melayu.lol) tapi hakikatnya mampu ke orang Melayu nak memikul amanah sebagai Rasul? Pastu, kena berhadapan dengan orang Arab untuk didakwah. Wehhh, mampu ke wehh? Nampak dah kan,kenapa Rasulullah diutuskan dari kalangan orang Arab? Kerana orang Arab yang semulajadinya bersikap paling keras antara kaum-kaum yang ada di muka bumi ni. Jadi, apabila Rasul diutus dari kalangan mereka, mudahlah untuk berdakwah kepada kaum lain termasuklah kaum kita yang lembut hati ni.^.^

Apa-apa hal pun, tak semua orang Arab berpekerti negatif. Kawan-kawan Arab ay kat kuliah tu baik-baik je. Tolong tuliskan nota lagi bila ay tak sempat nak catch up.(baik kan ^.^) Dan ingat, tiada mana-mana kaum pun yang lebih mulia dari kaum yang lain kerana Allah telah berfirman di dalam al-Quran ;

Dan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"(Al-Hujurat:13)

Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^