O Winter Break~

Assalamualaikum and hye!!!

Phewwwwwww~ Nampak tak panjangnya 'ewww' menunjukkan betapa leganya dah habis exam. Alhamdulillah. Tapi selagi tak tau result, usaha memang tak boleh berhenti setakat di sini. Keep on praying, He's listening to you. By the way, perjalanan masih panjang. Chaiyok chaiyok dan terus melangkah!

Ouh, yeay!winter break! (mood bahagia petala ke-9.hehe)



Well, even there's no winter sonata here, I'm so glad enough. Ayat memujuk hati.cett. Hanya mampu mengucapkan 'untunglaaa' kepada kawan-kawan yang dapat buat snowmen, berice skating, dan berbattle of ices kat Jordan. Takpela, at least dapat merasa asap keluar dari mulut walaupun tak merokok. Uuuuu~ Disebabkan winter break cuma 3 minggu, most of us buat perancangan nak bermusafir dan menziarahi kawan-kawan yang duduk di muhafazah lain. Cairo ke Alex, Alex ke Mansourah, Cairo ke Dumyat and so on. So, ay terpanggil nak kongsikan adab dan sunat-sunat bermusafir yang ay tengok dalam Fattabiouni antaranya;


1) Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.

2) Menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum bermusafir.

3) Nabi S.A.W memilih hari Khamis untuk bermusafir dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat.

4) Nabi S.A.W menggalakkan untuk bermusafir pada waktu malam.

5) Membawa beg kecil yang berisi keperluan asas diri. Bolehlah isi cermin, sikat, siwa', alat make-up.erkk.

6) Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dan memohon didoakan keselamatan perjalanan.

7) Sunat juga bagi orang yang tak bermusafir untuk meminta doa dari orang yang bermusafir.

8) Sunat membaca basmalah ketika keluar dari rumah.

9) Apabila perjalanan sudah bermula, baca doa musafir.

10) Disunatkan memilih ketua sekiranya bermusafir secara berkumpulan.

11) Bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun ke paras rendah. Contohnya naik flight, mendaki bukit, jejantas, dan lain-lain.

12) Sunat juga mendengar nyanyian yang baik.

13) Apabila memasuki sesuatu daerah atau kampung atau negara, disunatkan berdoa agar Allah permudahkan perjalanan.

14) Sunat untuk membawa balik hadiah buat ahli keluarga walaupun kecil.

Cantik kan Islam ni? Nak travel ke sesuatu tempat ada sunat dan adabnya. Semoga kita dapat aplikasikan nanti. *wink wink*


Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^