rusty heart. let's get rid of it!

Assalamualaikum. Aloha!

Apa khabar iman kita? Sihatkah? Salam sayyidul ayyam. Hari Jumaat penghulu segala hari. Dah baca surah al-Kahfi untuk hari ni? Kalau belum, jom baca. Semoga dengan bacaan al-Kahfi dapat menjadi antara benteng kita dari fitnah dajjal laknatullah.



Tahu tak apa itu karat? Sejenis kuih yang diperbuat dari campuran tepung, telur, gula, yis, esen vanila, dan blablabla. *weh,apa yang ay mengarut ni? Ok, abaikan. Karat merupakan lapisan merah (kekuning-kuningan) yang melekat pada besi. Ia juga adalah merupakan  salah satu chemical reaction kesan dari oxidation antara logam dan oksigen. *kalau salah, betulkan. Dan tolooong jangan mintak chemical equation bagaimana terbentuknya karat. Not a thing that I could recall lulz. 

Biasa kan tengok paku yang berkarat? Ataupun apa-apa besi yang berkarat? Masa kecik-kecik dulu mak kita selalu pesan, "Pakai selipar kalau kat luar rumah. Nanti terpijak paku berkarat, bahaya." And I still remember a story yang ada orang terpijak paku berkarat lepastu terus kena sawan babi. Erkk, scary I thought. *tak tahu lah samada kisah benar ataupun epik semata-mata. Dan biasanya juga pisau yang berkarat tak elok digunakan untuk menyembelih atau memotong buah atau memotong sayur atau menyiang ikan atau lain-lain. Barangan besi yang berkarat ini lama-kelamaan akan reput kerana dimakan oleh karat tu sendiri. *karat ada mulut ke? =.='

Pernah tak dengar istilah hati yang berkarat? Hati yang berkarat kita boleh analogikan dengan besi yang berkarat. Boleh bayangkan? Well, let say hati kita yang asalnya bersih tiba-tiba diselaputi karat. Yucky right? Apa yang menyebabkan hati kita berkarat? KEJAHILAN. Jadi, yang berkarat itu adalah kejahilan tentang agama. Macamana nak tahu hati kita ni berkarat atau tak? Kita refleksi diri kita. Bila ada majlis ilmu atau program agama, apakah reaksi kita? Adakah kita dengan senang hatinya menyertai atau dengan senang hatinya menjauhkan diri? Ataupun bagaimana sikap kita terhadap diri kita, orang sekeliling kita, dan yang paling penting dengan Allah. Adakah kita dapat membahagiakan orang lain dengan sikap kita? Adakah kita sudah menjalankan segala yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya? Ataupun kita menjuzukkan agama tu dalam hidup kita? Sama-sama kita muhasabah.

Karat yang ada pada hati sangat berbahaya. Sama seperti paku yang berkarat. Bila hati dah berkarat, lama-lama akan mereput. *I mean, hati yang rosak. Susah untuk menerima kebenaran sama sekali. Jadi, kita kena usaha untuk mengikis karat-karat jahiliyyah yang ada dalam diri kita. Let bygones be bygones. Yang penting, apa yang kita lakukan untuk memperbaiki diri kita pada saat ini. Tiada siapa yang mampu mengulang masa lepasnya dan tiada siapa yang mampu meramal masa depannya. Tapi, setiap dari kita boleh menderap langkah perubahan bermula dari saat ini. 

Yuk, cari perkakas untuk mengikis karat jahiliyyah! It's not too late.




Comments

Popular posts from this blog

pelangi itu 7 warna

eh eh, IGUANA laa.

the sweet 'child'hood ^.^