to God we all belong, and to Him we'll return
Khamis. 7 Mac 2013.
10:08 a.m (waktu Mesir)
Oleh kerana hari ini kuliah saya cuti,
saya hanya mengulangkaji di rumah. Baru berjinak-jinak dengan nota
yang cuba dibuat. Teringat juga hafazan al-Quran yang belum tamam.
Allah... Dengan tak semena-mena terpandang bingkai gambar keluarga
yang diletak atas meja belajar. Hati sebak tiba-tiba. Teringatkan
ummi, ayah, adik-adik, dan ahli keluarga yang lain. Lantas saya
menghantar mesej kepada ummi meminta doa dan menyatakan kerinduan
untuk bertemunya. Ummi balas 6 minit kemudian, “Kak Long, tolong
buat solat hajat untuk p.de,p.de sakit semula...ummi doakan kak long
selalu”. Saya jadi kaget. Pokde sakit semula? Allah, airmata
mengalir laju tanpa diminta. Mengenangkan sosok tubuh yang dikasihi
itu. Ummi memberitahu dalam mesej yang seterusnya, pukul 10 pagi
Malaysia; sakit Pokde kembali menyerang. Saya lantas cuba
menggagahkan diri untuk solat hajat agar Allah menyelamatkan Pokde
dan memohon agar Pokde diberi kekuatan untuk melawan sakitnya. Solat
hajat itu tak tahulah diterima oleh Allah atau tidak lantaran
kekhusyukan yang terganggu dek hinggutan badan menahan tangisan dalam
solat kerana mengenangkan Pokde. Kenangan bersama Pokde. Kata-kata
Pokde. Ahh, rasa sangat berdosa mengenangkan makhluk di dalam solat.
Tapi minda dan hati tak dapat dikawal lagi. Usai solat, tangisan
masih tak dapat dihentikan. Kotak ingatan ligat menayangkan memori
bersama Pokde. Di saat minggu-minggu terakhir bersamanya sebelum
berlepas ke Mesir. Menjadi nurse mungkin hanya sehari untuk menemani
beliau menjalani rawatan refleksologi dan akupunktur. Tetapi, apakan
daya. Sewaktu itu, saya sedang sibuk dengan persiapan untuk ke Mesir.
Betapa hati kecil ini menyesali kerana hanya sehari dapat menemaninya
ke sana. Saya memaklumkan kepada adik-beradik usrah dan rakan-rakan
perihal Pokde dan memohon mereka mendoakan Pokde. Mereka yang sedia
maklum tentang sakit Pokde sebelum ini, tak henti-henti memberikan
kata-kata semangat yang positif. Tetapi hati ini terus meruntun. Hari
ini seperti kebiasaan, saya sepatutnya ke kelas tambahan di Rumah
Melaka. Kelas Fiqh Muqaran selepas Asar. Tetapi, semangat rasanya
seperti sudah terbang. Tak mampu dan tak berdaya rasanya untuk
berjalan. Saya hanya duduk di rumah melayan perasaan dan membaca
Yaasiin.
15:55 p.m
Sekali lagi saya menghantar mesej
kepada ummi, “Ummi,Pokde camne? Kat mana tu?”. Seminit kemudian
ummi balas, “Pokde tak sedar.. sekarang kat Hospital Temerloh,”.
Jawapan yang cukup membuatkan airmata mengalir lagi. Bacaan Yaasiin
diteruskan untuk ke sekian kalinya.
Malam itu, saya tidur dengan mata yang
bengkak. Dan juga sakit kepala.
Jumaat. 8 Mac 2013.
Saya bangun dari tidur dan terus
mencapai handphone. Memeriksa mungkin ada berita yang ummi sampaikan.
Tiada.
05:43 a.m
“Salam.. p.de tenat”, mesej yang
diterima dari ummi. Saya sangkakan airmata saya sudah kering untuk
mengalir, tetapi rupa-rupanya masih banyak simpanan airmata saya.
Mengalir dan terus mengalir mengiringi bacaan Yaasiin. Di saat ini,
hanya doa yang mampu diucapkan. Semoga segalanya dipermudahkan oleh
Allah. Saya terkenang hari ini hari Jumaat. Hari yang sangat barakah.
Kami berbalas-balas mesej sehinggalah...
06:59 a.m
“Al-Fatihah... p.de dah takde”,
ummi memberitahu saya. Airmata mengalir lagi. Pokde tinggalkan kami
semua dan bertemu Allah pada hari Jumaat. Subhanallah. Tiba-tiba
teringatkan Tokwan(bapa ayah) yang juga meninggalkan kami pada hari
Jumaat. Allah... Saya terus memaklumkan kepada adik-beradik usrah dan
akak naqibah. Saya kira airmata pada hari ini tidak sedahsyat hari
semalam. Ya, Allah mendengar doa saya semalam, “Ya Allah, jika
memang sudah ajal Pokde... Kau tabahkanlah hati kami. Jadikanlah kami
orang-orang yang redha dan ikhlas,”. Hari ini ada Kulliah Dhuha dan
usrah di surau. Hati berbelah-bagi. Terus duduk di rumah atau ke
surau? Duduk di rumah, bererti saya menjemput airmata untuk terus
mengalir lagi. Ke surau, bererti saya mengisi diri dengan ilmu dan
mencari sokongan dari adik-beradik usrah. Saya mengambil keputusan ke
surau. Saya mengakui airmata sebagai teman setia saya semalam dan
hari ini. Saya menangis lagi dalam usrah. Namun saya bersyukur kerana
saya memilih ke surau. Kata-kata semangat dan sokongan dari
adik-beradik usrah sangat penting saat ini. Saya tak mampu untuk
menghadapinya sendirian.
Sabtu, 9 Mac 2013.
Saya ke kuliah seperti biasa. Saya kira
jika saya terus terperap di rumah, lingkaran bawah mata akan
menjadikan saya seperti Po, hero di dalam Kung Fu Panda. Saya juga
tidak mengizinkan diri saya diganggu unsur-unsur luar yang berupa
gangguan syaitan kerana kita semua tahu, syaitan akan mengganggu di
saat manusia dalam keadaan terlalu sedih. Saya berjalan pergi dan balik berbekalkan semangat Pokde. Ya, saya akan terus melangkah menuntut ilmu Allah dan saya berazam akan meneruskan legasi dakwah Pokde. Biiznillah. Saya fikir hari ini saya tak mahu menangis lagi. Saya online fb, tengok ada gambar Pokde. Dan airmata mengalir jua. Semoga Allah tabahkan hati ini. Semoga Allah tabahkan hati Mokde dan anak-anak. Semoga Allah tabahkan hati kami semua. Malam ini, dengar lagu Maher Zain, So Soon dalam tangisan lagi.
Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Pokde, damailah di sana. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkanmu di dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman. Aamiin.
Comments
Post a Comment